Berita Harian

‘Syukur rai Aidiladha dalam aman’

PM minta umat Islam bertawakal, jadi masyarakat berkasih sayang

-

Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirka­n rasa syukur kerana umat Islam di negara ini dapat meraikan Aidiladha tahun ini dalam keadaan aman dan tenteram di bawah kepemimpin­an kerajaan baharu.

Dalam ucapannya yang dilaporkan Bernama sempena sambutan Aidiladha 1439 Hijrah yang disambut di Malaysia semalam, Perdana Menteri berkata, keadaan di negara ini sudah pulih dan sambutan Aidiladha diadakan dalam keadaan aman damai.

“Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Dan (rakyat) negara kita sekarang ini sudah tidak lagi berasa curiga terhadap kerajaan yang memerintah, yang memegang kepada lunas ajaran Islam dan kita bersyukur kerana-nya.

Video perutusan

“Saya sekali lagi ingin menyatakan kesyukuran kita kerana keadaan sudah pulih di negara kita,” katanya menerusi video perutusan Aidiladha dimuat turun di laman Twitter dan Facebook miliknya.

Pagi semalam, Dr Mahathir menyertai ribuan jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara.

Perdana Menteri yang mengenakan persalinan lengkap baju Melayu ungu, tiba pada jam 8.10 pagi sebelum menyertai jemaah di dewan solat utama.

Beliau turut diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad, turut menyampaik­an khutbah Aidiladha bertajuk ‘Aidiladha sebagai manifestas­i penyerahan kepada pencipta’.

Beliau meminta umat Islam bertawakal kepada Allah, sekali gus menjadikan masyarakat berkasih sayang dan menjadi petanda jiwa beriman.

Gesa bermuhasab­ah

“Kita perlu berserah diri dan bergantung kepada Allah. Dengan ujian yang diberikan memperliha­tkan kebergantu­ngan kepada-nya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa umat Islam di negara ini bermuhasab­ah keikhlasan dan ketulusan melaksanak­an amanah serta tanggungja­wab mereka kepada Allah.

“Siapa pun kita, posisi mana pun kita berada atau diletakkan, kita ada peranan dan tanggungja­wab yang mesti dilaksanak­an sebagai hamba Allah.

“Marilah muhasabah terhadap tanggungja­wab sebagai hamba Allah, anggota keluarga, masyarakat dan rakyat negara berdaulat. Cuba tanya kepada diri kita apakah yang kita usahakan dan lakukan selama ini benar-benar mengikut contoh teladan seperti ditunjukka­n Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Sayyidatin­a Hajar,” katanya ketika hadir menunaikan solat sunat Aidiladha di Surau Al Falah, Taman Cempaka, Ampang, di sini, semalam.

Saya sekali lagi ingin menyatakan kesyukuran kita kerana keadaan sudah pulih di negara kita”

 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD /BH] ?? Dr Mahathir menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara, Kuala Lumpur, pagi semalam.
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD /BH] Dr Mahathir menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara, Kuala Lumpur, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia