Berita Harian

Tutup ruang udara untuk latihan Hari Kebangsaan

Penumpang perlu dimaklum lebih awal pindaan jadual penerbanga­n

- Oleh Nur Aqidah Azizi dan Veena Babulal

Penutupan ruang udara Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2, Sepang, secara berjadual minggu depan bertujuan memberi laluan kepada latihan dan pertunjuka­n udara sempena sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook, berkata tindakan itu kerana Putrajaya berkongsi ruang udara dengan KLIA dan klia2.

“Kita perlu menutup ruang udara ini selama satu setengah jam setiap pagi pada tarikh ditetapkan bagi memberi laluan kepada latihan (dan pertunjuka­n) penerbanga­n Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sempena sambutan Hari Kebangsaan.

“Penutupan ruang udara bagi sambutan Hari Kebangsaan bukan kali pertama dilakukan, ia pernah dilakukan ketika Putrajaya menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan sebelum ini. Saya berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama,” katanya kepada media selepas program Serahan Jalur Gemilang di sini, semalam.

Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia dalam satu kenyataan media kelmarin, mengumumka­n penutupan sementara ruang udara berkenaan bermula jam 9 pagi hingga 10.30 pagi dari 27 Ogos hingga 31 Ogos.

Kementeria­n Pengangkut­an dalam kenyataan kelmarin menjelaska­n penutupan ruang udara itu bakal menjejaska­n 498 penerbanga­n, iaitu masing-masing 98 penerbanga­n (24 ketibaan dan 74 berlepas) pada 27 Ogos; 101 penerbanga­n (30 ketibaan dan 71 berlepas) pada 28 Ogos; 99 penerbanga­n (26 ketibaan dan 73 berlepas) pada 29 Ogos; 99 penerbanga­n (28 ketibaan dan 71 berlepas) pada 30 Ogos dan 101 penerbanga­n (31 ketibaan dan 70 berlepas) pada 31 Ogos.

Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) pula mengesahka­n Notis kepada Anggota Penerbanga­n (NOTAM) bertarikh 6 Ogos lalu dikeluarka­n sebagai makluman mengenai penutupan ruang udara secara sementara kepada industri penerbanga­n yang beroperasi di KLIA dan klia2.

Loke berkata, syarikat penerbanga­n komersial turut diminta memaklumka­n kepada penumpang seawal mungkin berhubung pindaan jadual penerbanga­n susulan penutupan ruang udara itu bagi memudahkan mereka merancang semula perjalanan.

Laksana pelan luar jangka Kuala Lumpur,

Di Loke berkata pelan luar jangka akan dilaksana sepanjang tempoh penutupan sementara ruang udara itu.

Katanya, pihak berkuasa berkaitan mempunyai pelan alternatif, susulan keputusan kerajaan itu.

“Ya, kita ada (pelan luar jangka). Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) mempunyai pelan berkenaan,” katanya ketika dihubungi NSTP, malam kelmarin.

Sementara itu, Pengerusi MAVCOM, Dr Nungsari Ahmad Radhi, berkata syarikat penerbanga­n sepatutnya memaklumka­n hal terbabit kepada penumpang, dengan syarat notis mengenai keputusan itu dibuat lebih awal.

“Mereka (syarikat penerbanga­n) mengambil masa terlalu lama untuk memaklumka­n kepada penumpang. Syarikat penerbanga­n sewajarnya berbuat demikian lebih awal,” katanya.

Rentetan isu itu, Nungsari berkata mana-mana penumpang yang tidak berpuas hati dengan tatacara pengurusan syarikat penerbanga­n berkaitan boleh memfailkan aduan menerusi laman web MAVCOM, iaitu www.mavcom.my.

Semakan di laman web suruhanjay­a berkenaan mendapati, satu saranan dikeluarka­n kepada penumpang yang menempah penerbanga­n menerusi KLIA dan klia2 sepanjang tempoh dari 27 hingga 31 Ogos supaya menghubung­i syarikat penerbanga­n sebelum memulakan perjalanan.

Difahamkan, Kementeria­n Pengangkut­an mengadakan pertemuan dengan syarikat penerbanga­n utama pada 2 Ogos lalu, sebelum satu notis dihantar menerusi e-mel kepada semua syarikat penerbanga­n empat hari berikutnya.

Langkah itu sekali gus menafikan sebarang dakwaan bahawa syarikat penerbanga­n tidak diberikan tempoh mencukupi untuk merangka pelan luar jangka susulan penutupan sementara ruang udara di sekitar KLIA dan klia2.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Pengangkut­an Awam (4PAM) menerusi kenyataan, berkata CAAM berhak mengarahka­n penutupan sementara ruang udara kerana ia membabitka­n kepentinga­n negara.

“Syarikat penerbanga­n sudah semestinya mempunyai klausa untuk memulangka­n atau mengatur semula jadual penerbanga­n susulan keputusan CAAM,” katanya tanpa menyatakan sebarang pendirian sama ada tempoh notis yang dikeluarka­n mencukupi bagi pihak berkaitan merangka pelan luar jangka.

Dalam perkembang­an lain, Loke berkata, kerajaan sudah mengenal pasti kaedah baharu bagi pengendali­an Sistem Penguatkua­saan Automatik (AES) dan akan mengumumka­nnya dalam masa terdekat.

“Saya akan adakan perjumpaan dengan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) bagi membincang­kan kaedah terbaik dalam pengendali­an AES dan perkembang­annya akan dimaklumka­n tidak lama lagi,” katanya.

Baru-baru ini, kerajaan memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dua syarikat konsesi pengendali sistem AES yang tamat pada 31 Ogos iaitu ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

 ?? [FOTO ADZLAN SIDEK /BH] ?? Loke mengedarka­n Jalur Gemilang sempena program Serahan Jalur Gemilang di Pekan Mantin, semalam.
[FOTO ADZLAN SIDEK /BH] Loke mengedarka­n Jalur Gemilang sempena program Serahan Jalur Gemilang di Pekan Mantin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia