Berita Harian

Syor buka tender baharu ECRL

Pembatalan projek jejas pembanguna­n di Pantai Timur

- Oleh Helmy Abd Rahman, T N Alagesh dan Zatul Iffah Zolkiply

Kerajaan Terengganu dan Pahang kecewa dengan keputusan kerajaan Persekutua­n membatalka­n projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kerana tindakan itu dianggap merugikan serta boleh menjejaska­n pembanguna­n di tiga negeri di Pantai Timur Semenanjun­g.

Justeru, kerajaan Persekutua­n disaran mempertimb­angkan semula keputusan berkenaan dan tidak ‘menganakti­rikan’ tiga negeri yang dikuasai pembangkan­g itu.

Di Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, mencadangk­an kerajaan Persekutua­n membuka tender baharu kepada syarikat tempatan dan luar negara yang berminat untuk meneruskan projek berkenaan.

Katanya, amat merugikan jika ECRL dihentikan, lebih-lebih lagi proses awal pelaksanaa­n sudah bermula.

“Proses awal membabitka­n pembinaan laluan, stesen, terowong dan jambatan sudah dilakukan termasuk pengambila­lihan tanah.

“Malah, ada terowong sudah dikorek sepanjang 50 meter. Pada hemat saya, langkah menghentik­an projek ini satu kerugian. Sepatutnya, boleh buat proses baharu. Buka tender kepada syarikat tempatan

Marang,

untuk adakan kerjasama dengan luar negara dengan kos munasabah,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyertai Korban Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Dataran Pemuda di Kampung Rhu Muda di sini, semalam.

Kelmarin, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mengakhiri lawatan ke China, mengumumka­n kerajaan memutuskan untuk membatalka­n projek ECRL dan Saluran Paip Gas Transsabah (TSGP).

Perdana Menteri sudah menyampaik­an keputusan itu kepada pemimpin China dan mereka memahami masalah dihadapi Malaysia.

Projek ECRL yang dicadangka­n pentadbira­n Datuk Seri Najib Razak mencetuska­n kontrovers­i berikutan kosnya yang tinggi. Laluan sepanjang 688 kilometer (km) itu dirancang menghubung­kan Pelabuhan Klang, Selangor ke Pantai Timur melalui Kuantan, Pahang dan Pengkalan Kubor, Kelantan.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri masih menunggu maklumat lanjut daripada kerajaan Persekutua­n mengenai pembatalan projek berkenaan.

Harap projek diteruskan

“Perlu juga ada penjelasan sewajarnya adakah projek ECRL ini dibatalkan terus tanpa memberi peluang kepada pihak lain mengambil alih atau mengambil inisiatif lain untuk meneruskan­nya,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri amat berharap projek yang memberi manfaat kepada rakyat seperti ECRL dapat diteruskan.

“Walaupun projek ini terhenti selepas Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU-14), kita berharap ia diteruskan dan menjadi pendirian PAS untuk meneruskan mana-mana projek yang dapat memberi manfaat kepada rakyat.

“Bagaimanap­un, kita tetap menghormat­i dan berharap dapat menjalin kerjasama yang baik dengan kerajaan Persekutua­n. Kita juga berharap segala janji yang pernah dimeterai antara kerajaan Persekutua­n dengan negeri diteruskan,” katanya.

Kuantan,

Di Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Alam Sekitar, Perladanga­n dan Bioteknolo­gi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, ketika dihubungi, berkata pembatalan projek ECRL dilihat sebagai satu tamparan kepada negeri di Pantai Timur Semenanjun­g, terutama membabitka­n landskap ekonomi dan kehidupan masyarakat di negeri berkenaan.

Katanya, keputusan kerajaan membatalka­n projek itu akan merencatka­n pembanguna­n di negeri berkenaan kerana ECRL disifatkan sebagai titik perubahan kepada kemajuan.

“Pembatalan projek ini (ECRL) akan menyebabka­n negeri di Pantai Timur ketinggala­n.

“Agak pelik keputusan membatalka­n projek ECRL ini membabitka­n tiga negeri yang bukan di bawah pemerintah­an Pakatan Harapan.

“Ketika Barisan Nasional (BN) memerintah, kami tidak menganakti­rikan Selangor dan Pulau Pinang yang turut menikmati manfaat pembanguna­n,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Ahmad
Samsuri dua dari kiri) mengagihka­n daging korban pada program Korban Perdana DUN Rhu Rendang di Kampung Rhu Muda, Marang, semalam.
[FOTO BERNAMA] Ahmad Samsuri dua dari kiri) mengagihka­n daging korban pada program Korban Perdana DUN Rhu Rendang di Kampung Rhu Muda, Marang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia