Berita Harian

Sabah akur pembatalan projek TSGP

-

Semporna: Kerajaan Sabah mengalualu­kan pembatalan projek Paip Gas Trans-sabah (TSGP) di negeri ini berikutan keadaan semasa kewangan negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kerajaan negeri tidak ada sebarang bantahan dengan pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kelmarin, yang menyatakan projek itu tidak memberi manfaat kepada rakyat.

“Memandangk­an hutang tinggi terpaksa dihadapi negara ketika ini, kita faham projek itu bukan keutamaan pada masa ini.

“Mungkin kita boleh melaksanak­annya pada masa depan jika keadaan membenarka­n (kewangan).

“Keadaan kewangan kita sangat terbatas, dengan keputusan dibuat Kerajaan Pusat, kami bersetuju dan tidak membantah walaupun ia mungkin memberi kesan kepada peluang perniagaan serta pekerjaan,” katanya di sini, semalam.

Kurangkan perbelanja­an negara

Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, negara perlu memberi tumpuan untuk mengurangk­an perbelanja­an, termasuk projek berskala besar yang tidak lagi menjadi keutamaan.

Selain TSGP, Dr Mahathir turut mengumumka­n pembatalan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ketika lawatan rasminya ke China, baru-baru ini.

Perdana Menteri menyampaik­an keputusan membatalka­n kedua-dua projek yang disokong Kerajaan China sebelum ini kepada Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri China, Li Keqiang.

Dijangka siap 2024

Projek ECRL yang bernilai RM81 bilion itu merangkumi jaringan jalan raya sepanjang 688 Kilometer (km) menghubung­kan Pelabuhan Klang dan Kota Bharu, dilancarka­n tahun lalu dan dijangka siap menjelang 2024.

Projek TSGP pula membabitka­n pembinaan saluran paip gas sepanjang 662 km dari Kimanis ke Sandakan dan Tawau dengan kos dianggarka­n mencecah RM4 bilion. Kedua-dua projek digantung sejak Julai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia