Berita Harian

Landasan kereta api ke Pantai Timur ditambah baik

-

Seremban: Kerajaan akan menambahba­ik landasan kereta api di Pantai Timur Semenanjun­g susulan pembatalan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi memastikan jaringan pengangkut­an penduduk di negeri berkenaan lebih efektif, kata Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook.

“Walaupun ECRL dibatalkan, kita beri jaminan kepada penduduk Pantai Timur bahawa mereka tidak akan diabaikan dan kita akan pastikan mereka mendapat jaringan pengangkut­an yang efektif,” katanya kepada pemberita selepas program Serahan Jalur Gemilang di sini, semalam.

Di Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad, menyifatka­n pembatalan projek ECRL adalah wajar kerana rundingan berat sebelah dan kos terlalu tinggi.

Shah Alam,

Katanya, keputusan itu dibuat kerajaan menerusi hasil perbincang­an semua pihak demi kepentinga­n negara.

Kos terlalu tinggi

“Ia hasil perbincang­an, bukan kita tidak mahu buat (ECRL), tetapi kosnya terlalu tinggi. Kita juga perlu melihat sama ada apa yang dirunding bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini benar-benar menguntung­kan negara.

“Banyak yang sudah didedahkan bahawa ia memang berat sebelah. Jika dapat persetujua­n dari China untuk dirundingk­an semula demi kebaikan negara kita, Alhamdulil­lah,” katanya selepas program Korban Perdana Parlimen Shah Alam di Masjid Riadhussol­ihin Seksyen 17 di sini, semalam.

Sementara itu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, berkata hasil syor jawatankua­sa khas bagi meneliti kes penjualan 64 lot tanah bernilai RM4.28 bilion yang dibuat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tanpa tender terbuka akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dr Mahathir sudah pulang ke Malaysia dan Insya-allah kita akan memaklumka­n kepada beliau,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia