Berita Harian

Nasionalis­me penawar pertembung­an ultra liberal, ekstremis agama

-

Apabila berbicara mengenai perpaduan nasional dan kesejahter­aan rakyat, ada dua faktor utama yang tidak boleh sama sekali kita abaikan. Pertama ialah hakikat bahawa Malaysia adalah negara majmuk berbilang kaum, agama, dialek dan budaya.

Orang Semenanjun­g perlu memahami sosio-budaya di Sabah dan Sarawak dan begitulah sebaliknya.

Melayu-islam khususnya perlu terima realiti bahawa wujudnya kaum pribumi bukan Islam di negara ini yang dianggap Bumiputera serta mempunyai agama serta budaya mereka tersendiri.

Agenda perlu menyeluruh

Maka agenda pemerkasaa­n ekonomi Bumiputera perlu menyeluruh dan bebas dari sentimen keagamaan atau kenegerian.

Menyedari faktor kemajmukan Malaysia, maka elemen patriotism­e yang disematkan melalui semangat kebangsaan (nasionalis­me) adalah jalan terbaik untuk memupuk perpaduan antara kaum.

Kita tidak boleh memaksa mana-mana warganegar­a Malaysia supaya menerima konsep Islamisasi atau Arabisasi seperti yang banyak dianuti orang Melayu-islam konservati­f di Semenanjun­g.

Rakyat negara ini tidak bersifat homogenous seperti rakyat Jepun atau Korea Utara.

Maka, perlu ada satu bentuk ideologi yang mampu diterima semua pihak tanpa membabitka­n kepercayaa­n tertentu.

Namun, ini tidak bermakna Malaysia perlu mengambil haluan sekular atau liberalism­e ala Barat kerana wujudnya faktor kedua dalam pembentuka­n negara ini, iaitu Bumiputera Muslim (khususnya orang Melayu).

Orang Melayu adalah kelompok majoriti rakyat negara ini dan sebahagian mereka dinaungi Raja negeri masing-masing yang dianggap Ketua Agama Islam Negeri berkenaan.

Yang di-pertuan Agong pula selaku ketua negara dan Ketua Agama Islam Malaysia. Maka sensitivit­i kelompok majoriti ini adalah salah satu penentu dasar kerajaan.

Pendekatan sederhana

Oleh kerana asas demokrasi negara tertegak dengan suara majoriti, maka pendekatan sederhana yang turut mengambil kira hak serta kepentinga­n kelompok minoriti, selagi ia tidak bercanggah dengan Perlembaga­an Persekutua­n perlu juga diambil kira.

Namun, demi perpaduan sosial, mana-mana negara di dunia hari ini, mempunyai piawai nasionalis­me yang hampir sama.

Piawaian berkenaan ialah bahasa kebangsaan yang ditutur oleh warganegar­a, tarikh hari kebangsaan yang sama, hero kebangsaan yang dihormati bersama dan simbol kebangsaan yang disanjungi semua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia