Berita Harian

TH proaktif dekati jemaah tingkat kesedaran kesihatan

Pegawai perubatan ziarah bilik ke bilik bantu kurangkan kadar kematian

-

Pendekatan proaktif Tabung Haji (TH) mendekati jemaah untuk meningkatk­an kesedaran penjagaan kesihatan berjaya mengurangk­an jumlah kematian pada musim haji tahun ini berbanding tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata sehingga Selasa lalu, hanya 10 jemaah haji Malaysia meninggal dunia berbanding keseluruha­n musim haji tahun lalu yang mencatatka­n 25 kematian.

Beliau berkata, daripada 10 kes jemaah meninggal dunia itu, sembilan daripadany­a meninggal dunia di Makkah dan satu di Madinah.

“Daripada 10 kes kematian itu juga, hanya satu berlaku selepas wukuf (pada Isnin lalu), manakala bakinya sebelum wukuf. Tahun lalu, sebelum wukuf 19 orang meninggal dunia dan selepas wukuf pula seramai enam orang.

“Ini menunjukka­n usaha mengurangk­an kadar kematian itu sudah berjaya,” katanya selepas melawat Pusat Rawatan TH Syisyah malam kelmarin.

Yang turut hadir,, Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Ramai petugas perubatan

Mujahid berkata, antara punca utama kepada perkembang­an positif itu ialah kehadiran lebih ramai ahli rombongan petugas perubatan, iaitu 266 orang termasuk 18 doktor pakar dan 39 doktor biasa.

“Selain itu, kita juga ada pegawai perubatan awam yang menziarah jemaah dari bilik ke bilik secara proaktif untuk mengenal pasti lebih awal jika ada kes jemaah sakit.

“Dahulu, tiada pendekatan ini, jadi ada jemaah yang pergi Arafah dan Mina dalam keadaan sakit. Ini menyumbang kepada berlakunya kematian,” katanya.

Mujahid turut memuji program Wukuf Safari diperkenal­kan TH sejak 2016 khusus membawa jemaah yang sakit berwukuf di Arafah supaya mereka tidak terlepas rukun paling penting dalam ibadat haji itu.

Beliau berkata, menerusi program itu, 117 jemaah yang sakit diletakkan dan dibawa dengan lapan bas diubah suai serta dua ambulans untuk turut berada di Arafah pada hari wukuf Isnin lalu.

“Mereka berada di Arafah selama kira-kira dua jam dengan dipantau 78 petugas perubatan dan enam petugas kebajikan,” katanya.

Mujahid berkata, sehingga kini ada 16 jemaah haji Malaysia menerima rawatan di hospital tempatan dan 149 di pusat rawatan TH di Makkah dan tiada lagi jemaah menerima rawatan di Madinah.

Katanya, pada musim haji kali ini empat jemaah tidak dapat berwukuf kerana koma dan berada di hospital, iaitu jumlah sama seperti tahun lalu.

Beliau yang kali pertama memantau urusan rombongan haji Malaysia sejak dilantik ke Kabinet Julai lalu, turut memuji kemudahan perubatan dan perkhidmat­an diberi TH secara keseluruha­n serta memberi jaminan ia ditingkatk­an dari semasa ke semasa demi keselesaan jemaah haji.

 ??  ?? Keadaan dalam bas diubah suai untuk jemaah yang sakit dan dipantau petugas perubatan berwukuf di Arafah di bawah program Wukuf Safari.
Keadaan dalam bas diubah suai untuk jemaah yang sakit dan dipantau petugas perubatan berwukuf di Arafah di bawah program Wukuf Safari.
 ??  ??
 ??  ?? Sebahagian jemaah sakit dibawa dengan bas diubah suai untuk turut berada di Arafah pada hari wukuf Isnin lalu.
Sebahagian jemaah sakit dibawa dengan bas diubah suai untuk turut berada di Arafah pada hari wukuf Isnin lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia