Berita Harian

Beri ruang pengundi nilai diri

-

Mengajak pengundi keluar mengundi dan membantu golongan B40 di kawasan DUN Seri Setia menjadi fokus utama calon PH, Halimey Abu Bakar. Ikuti soal jawab wartawan NSTP, Syed Umar Ariff dan Mohd Iskandar Ibrahim bersama beliau.

Soalan (S):: PAS menampilka­n calon profesiona­l selain berpengala­man sebagai bekas ADUN dan EXCO kerajaan Selangor. Kenapa pengundi perlu memilih saudara?

Jawapan (J): Saya sudah biasa dan dibesarkan di Kampung Lindungan dalam DUN Seri Setia, iaitu kawasan yang asalnya adalah penempatan setinggan, malah ibu dan bapa saya juga tinggal di situ serta hubungan dalam kalangan penduduk mesra sehingga ke hari ini.

Kedua, saya berkhidmat sebagai ahli MBPJ dari 2008 sehingga 2018 dengan fokus tugasan di Zon 24 merangkumi kawasan PJS5 hingga PJS10. Justeru, saya mempunyai pengalaman dan dekat di hati rakyat sebagai calon tempatan.

Adakah kerjasama PAS-UMNO pada PRK Seri Setia men- cabar dan menggugat sokongan rakyat kepada PH?

Saya memberi ruang dan kebebasan kepada pengundi untuk menilai siapa yang membuat kerja dan lebih dikenali dalam kalangan rakyat di DUN Seri Setia. Untuk isu itu, saya memberi ruang seluas-luasnya kepada pengundi untuk memilih

Pada PRK Sungai Kandis, jumlah keluar mengundi amat rendah, apakah kelemahan itu?

Kita harus belajar daripada kelemahan itu dan saya sendiri sudah berbincang dengan pimpinan parti bahawa kita harus pertingkat­kan jumlah peratusan keluar mengundi terutama di kawasan pengundi baharu seperti di Ara Damansara dan TTDI (Jaya) yang harus diberi penekanan.

Mengambil contoh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), mereka (pengundi) keluar mengundi. Justeru, pada PRK kali ini, mereka menganggap tidak perlu keluar mengundi. Kelemahan ini yang perlu diberi perhatian dan diambil berat. Kita minta kepada semua jentera supaya membawa keluar pengundi dan memberi maklumat berkaitan supaya mereka

Adakah tempoh kempen selama 21 hari terlalu lama yang boleh menyebabka­n orang mula muak dan bosan dengan keadaan politik hari ini?

Saya sendiri berasakan 21 hari tempoh berkempen terlalu lama. Kita akan berusaha sedaya upaya dan insya-allah saya berdoa supaya diberi kesihatan yang sempurna dan dipermudah­kan untuk menghadapi tempoh berkempen.

Saudara baru-baru ini memperkena­lkan ‘Memacu Kesejahter­aan Bandar’ sebagai tema kempen PH pada PRK Seri Setia. Apakah isu utama yang dikenal pasti?

Tiga perkara utama membelengg­u penduduk DUN Seri Setia ialah kemiskinan bandar, kesesakan jalan raya dan jenayah. Ingin saya tambah satu lagi iaitu membantu golongan B40 terutama mereka yang tinggal di projek perumahan rakyat (PPR). Mereka memerlukan perhatian untuk meningkatk­an lagi nilai tambah berdepan cabaran hidup di bandar.

 ??  ?? Halimey Abu Bakar
Halimey Abu Bakar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia