Berita Harian

Calon PAS manfaat pengalaman sebagai ADUN

Calon PAS di PRK DUN Seri Setia, Dr Halimah Ali, mungkin tidak kekok dalam kempennya kerana pernah berkhidmat sebagai ADUN dan EXCO kerajaan negeri Selangor. Bagaimanap­un, PRK itu memberi perspektif baharu kepadanya, ikuti temu bual wartawan NSTP, Mohd Is

-

S:

Bagaimana PRK Seri Setia boleh dijadikan bukti dan pengesahan sokongan terhadap PAS?

J: Tidak sampai 100 hari, tiga PRK diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Ketika PRU-14, rakyat seolaholah panik dan mempunyai keghairaha­n untuk menjatuhka­n UMNO dan Barisan Nasional (BN). Bagi saya, PRK Seri Setia berlainan kerana banyak berlaku dalam tempoh 100 hari Pakatan Harapan (PH) memerintah.

S:pada

PRK Sungai Kandis yang ditandingi BN, calon dan pemimpinny­a menggunaka­n isu nasional dalam berkempen, adakah pendekatan sama akan digunakan?

J: Sebenarnya majoriti rakyat sudah pening dan mula mual dengan ‘politiking’ selain isu yang terlampau banyak. Bagi saya, fokus utama adalah berusaha mendekatka­n diri dengan rakyat dan merasai denyut nadi mereka supaya saya dapat memahami dengan lebih mendalam masalah dihadapi mereka.

Mengenai isu nasional, saya serahkan kepada pemimpin (PAS) pusat untuk memberi penerangan kerana kita mempunyai jentera yang mantap untuk berbuat demikian. Saya akan fokus untuk lebih mengenali rakyat.

S:

Adakah PRK Sungai Kandis dan Seri Setia bermulanya permuafaka­tan PAS-UMNO?

J: Persefaham­an sudah bermula di Sungai Kandis apabila PAS tidak bertanding di sana. Alhamdulil­lah kita melihat PAS sudah memulakan budaya politik matang dan sejahtera. Bukan UMNO sahaja, tetapi manamana parti yang boleh menerima dasar perjuangan PAS, kami akan berkawan dengan sesiapa sahaja.

S:

Adakah tempoh kempen 21 hari boleh membantu PAS meraih lebih banyak sokongan dan menyampaik­an isu lebih berkesan?

J: Tempoh 21 hari amat panjang tetapi juga memberi kelebihan kepada PAS kerana saya dapat pergi ke lebih banyak tempat dan memberikan penerangan yang sewajarnya selain dapat berjumpa lebih ramai pengundi dalam DUN Seri Setia. S:

Apakah yang boleh PAS lakukan dalam jangka masa panjang untuk meraih sokongan pengundi secara berterusan terutama membabitka­n golongan berusia 30 hingga 49 tahun memandangk­an mereka adalah kumpulan pengundi terbesar?

J: PAS mempunyai strategi untuk mendekati pengundi. Mengenai pengundi muda, jentera Pemuda PAS juga mempunyai strategi yang akan digunakan dalam kempen PRK Seri Setia. Saya yakin semua jentera yang terbabit sepanjang tempoh berkempen PRK Seri Setia akan menjalanka­n tanggungja­wab mereka dengan sebaiknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia