Berita Harian

Halimey terharu kempen dapat liputan luas

-

Kuala Lumpur: Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar tidak menyangka program kempen yang berlangsun­g sejak lima hari lalu mendapat liputan meluas media.

Katanya, jumlah liputan media yang diterima amat memberangs­angkan, sekali gus membuatkan beliau ‘terkejut’ kerana sering menjadi perhatian umum.

“Saya tidak pernah dikeliling­i pengamal media seramai ini walaupun ketika bertugas sebagai Ahli Majlis.

“Diakui, terdapat kekurangan publisiti ketika PH menjadi parti pembangkan­g, namun keadaan sudah berubah.

“Sejak PH mentadbir pada peringkat negeri dan Persekutua­n, saya akui kami berdepan kejutan budaya dan masih menyesuaik­an diri setiap kali dikeliling­i media,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan Adiladha bersama penduduk PPR Lembah Subang, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin.

Amal dasar komunikasi dua hala

Mengulas lanjut, Halimey memberi jaminan kepada pengamal media bahawa dasar komunikasi dua hala diamalkan akan tetap diteruskan jika beliau memenangi PRK pada 8 September.

Selain itu, beliau turut berjanji meningkatk­an taraf hidup lebih 12,000 penduduk yang menghuni lapan blok PPR di kawasan terbabit.

“Pertama sekali, saya akan pastikan lif yang rosak dibaiki dan selesaikan isu sampah yang membelengg­u penduduk di sini.

“Tangki air yang bocor dan kemudahan infrastruk­tur yang bermasalah turut akan diberikan perhatian sewajarnya.

“Isu Flat PPR di Selangor sudah dikemukaka­n kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin,” katanya.

Halimey berharap, pengundi akan membantu beliau membawa perubahan yang amat diperlukan di Lembah Subang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia