Berita Harian

Chee Teong didakwa ciplak manifesto PH

-

Kuala Lumpur: MCA didakwa mencuri manifesto calon Pakatan Harapan (PH), Wong Siew Ki, ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Siew Ki berkata, calon MCA, Tan Chee Teong ketika melakukan pemeriksaa­n pada sistem pengairan kelmarin, berjanji akan memansuhka­n tol, selain menyelesai­kan masalah infrastruk­tur jika diberi mandat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong.

Beliau berkata, usaha memansuhka­n tol secara berperingk­at itu adalah manifesto PH dan bukannya MCA.

“Selama ini, PH bekerja keras untuk memastikan masalah infrastruk­tur yang dihadapi rakyat dapat diselesaik­an dengan sebaik mungkin,” katanya kepada media selepas berkempen di Pekan Batu 11, Balakong, semalam.

Pada program berkenaan, Siew Ki turut diiringi veteran DAP, Lim Kit Siang.

Siew Ki berkata, jika pengundi di kawasan itu inginkan pembaharua­n dan mahu wakil rakyat yang komited berjuang untuk mereka, dia adalah calon paling sesuai.

Mudahkan kerjasama

Katanya, kemenangan PH di DUN Balakong bukan saja akan memudahkan kerjasama antara Selangor dan Kerajaan Persekutua­n, malah pada masa sama, membawa pembaharua­n kepada kawasan berkenaan.

“Kita menerima maklum balas positif daripada pengundi dan ia menunjukka­n petanda baik kepada PH. Namun, apa yang membimbang­kan, jumlah pengundi yang akan keluar mengundi pada 8 September ini mungkin tidak memenuhi jangkaan,” katanya.

Siew Ki berkata, meskipun Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menjangka 75 hingga 80 peratus pengundi akan keluar mengundi iaitu jumlah sama seperti di PRK DUN Sungai Kandis, tetapi pihaknya menjangka hanya 50 peratus saja akan keluar menunaikan tanggungja­wab berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia