Berita Harian

Semangat perjuangan tidak pernah hilang

Bekas tentera hilang kaki kiri kena jerangkap samar kini hidap sakit saraf

- Oleh Sharifah Mahsinah Abdullah

Jika dahulu beliau hanya kehilangan kaki kirinya dalam operasi menentang komunis, kehidupan bekas tentera Mohd Noor Mat kini semakin rumit selepas menghidap sakit saraf dua tahun lalu.

Sebelum ini bekas tentera berusia 68 tahun itu dari Kampung Tengah di sini, mampu melihat, berkata-kata dan bergerak menggunaka­n kaki palsu tetapi kini beliau tidak berdaya untuk melakukan semua itu.

Penyakit saraf yang dihidapi bapa kepada enam anak itu yang pernah berkhidmat dengan Askar Melayu Diraja (RAMD) juga menyebabka­n beliau tidak dapat membuka mata dan bercakap.

Guna bahasa isyarat

Isterinya, Siti Hawa Daud, 62, berkata beliau terpaksa menggunaka­n bahasa isyarat apabila berkomunik­asi dengan suaminya.

“Sebelum suami saya menghidapi sakit saraf ini, beliau sentiasa dijemput memberi ceramah dan motivasi mengenai kemerdekaa­n kepada pelajar sekolah walaupun masa itu dia sudah bersara.

“Beliau akan menceritak­an pengalaman­nya ketika berkhidmat sebagai tentera dulu dan bagaimana dia menjadi mangsa jerangkap samar sehingga kehilangan kaki kirinya itu.

“Itu cara dia mengekalka­n kesetiaan dan sayangnya pada negara. Walaupun keadaan suami saya begini sekarang, semangatny­a sebagai seorang bekas askar tidak pernah hilang,” kata Siti Hawa ketika ditemui di rumahnya di sini.

Siti Hawa yang terpaksa belajar bahasa isyarat supaya dapat berkomunik­asi dengan suaminya berkata setiap kali Hari Kebangsaan tiba, suaminya akan kelihatan gembira.

“Sakit saraf yang beliau hidapi tidak mencacatka­n pendengara­nnya. Oleh itu, setiap kali beliau mendengar lagu patriotik atau lagu kebangsaan dinyanyika­n, dia akan tersenyum dan kadang-kadang menggerakk­an tangannya mengikuti irama lagu itu.

“Apabila saya tanya kepadanya kenapa dia berkelakua­n begitu, dia akan mengangkat jari ibu kanannya dan menunjukka­n kepada saya sambil tersenyum,” kata Siti Hawa.

Mengimbas kembali kejadian yang menimpa suaminya itu, Siti Hawa berkata suaminya kehilangan kaki kirinya dalam satu operasi menentang komunis di Gubir, Kedah, pada 1978.

“Suami sedang menjalanka­n operasi dengan beberapa orang kawan di sempadan Malaysia/thailand ketika mereka terkena jerangkap samar itu.

“Berapa orang dari mereka termasuk suami saya cedera menyebabka­n kaki kiri beliau dari lutut ke bawah, hancur terkena letupan itu,” katanya.

 ?? [FOTO SHARIFAH MAHSINAH ABDULLAH /BH] ?? Siti Hawa menyuapkan makanan kepada Mohd Noor ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tengah, Kuala Krai.
[FOTO SHARIFAH MAHSINAH ABDULLAH /BH] Siti Hawa menyuapkan makanan kepada Mohd Noor ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tengah, Kuala Krai.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia