Berita Harian

Kutip RM1J agih daging korban di 15 negara

-

Johor Bahru: Humanitari­an Care Malaysia (MYCARE) berjaya mengumpulk­an RM1 juta bagi digunakan untuk sumbangan daging korban kepada penduduk kawasan bergolak di 15 negara dunia, termasuk Palestin dan Syria.

Pengerusi MYCARE Johor, Profesor Madya Dr Mohd Zin Kandar, berkata Johor menyumbang­kan RM30,000 sebagai sebahagian daripada usaha bantuan merentas benua itu membabitka­n pengagihan daging segar atau sejuk beku, bergantung pada keadaan satu-satu negara itu.

“Kita akan agihkan daging segar kepada negara bergolak di Afrika dan Asia Tenggara, manakala daging beku ditinkan di Turki akan diagihkan ke kem pelarian di Gaza, Syria dan Lubnan.

“Daging terpaksa ditinkan supaya ia tahan lebih lama, terutama kepada penerima di kawasan ‘panas’.

“Bantuan diberikan mengikut keperluan dan kesesuaian sesebuah negara, apa yang penting kami akan pastikan mereka yang memerlukan menerima sumbangan itu,” katanya pada program MYCARE Johor, Lapah Lembu untuk Komuniti Rohingya di Masjid Taman Sri Pulai Perdana, di sini, semalam.

Pada majlis itu, MYCARE Johor mengorbank­an dua lembu untuk diagihkan kepada 130 pelarian Rohingya sekitar bandar raya ini.

Masjid bantu agih korban

Selain mengorbank­an lembu, usaha murni MYCARE mendapat bantuan pengurusan masjid di sekitar negeri ini yang mahu mengagihka­n lebihan daging korban kepada masyarakat berkenaan.

Beliau berkata tahun ini MYCARE Johor menerima peruntukan dua lembu untuk dikorban dan diagihkan kepada masyarakat Rohingya di negeri ini.

“Berikutan itu, 15 sukarelawa­n kami bekerjasam­a dengan pengurusan Masjid Taman Sri Pulai Perdana untuk menyembeli­h, melapah dan mengagihka­n daging dua lembu sebanyak 130 kilogram (kg) kepada 130 keluarga terdiri daripada penduduk Kulai, Pekan Nenas, Pontian dan Taman Perling, di sini.

“Selain itu, tahun ini kami memberi peluang kepada pengurusan masjid mengagihka­n lebihan daging korban kepada masyarakat Rohingya, sebagai contoh Masjid Taman Sri Pulai Perdana mengagihka­n 50kg kepada pelarian Rohingya Kampung Skudai Kiri, Masjid Desa Skudai (30 kg) kepada pelarian Rohingya Taman Ungku Tun Aminah, dua masjid di Kempas (130 kg) kepada pelarian Rohingya Taman Daya dan Plentong,” katanya.

 ?? [FOTO IBRAHIM ISA/BH] ?? Mohd Zin (tiga dari kanan) mengagihka­n daging korban kepada warga Rohingya pada program MYCARE Johor, Lapah Lembu untuk Komuniti Rohingya di Masjid Taman Sri Pulai Perdana, semalam.
[FOTO IBRAHIM ISA/BH] Mohd Zin (tiga dari kanan) mengagihka­n daging korban kepada warga Rohingya pada program MYCARE Johor, Lapah Lembu untuk Komuniti Rohingya di Masjid Taman Sri Pulai Perdana, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia