Berita Harian

Kementeria­n sahkan lelaki maut kes rabies di Sarawak

Mangsa dikatakan pernah pukul anjing liar gigit isteri

- Oleh Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@nstp.com.my

Kementeria­n Kesihatan mengesahka­n seorang lelaki berusia 44 tahun di Sarawak meninggal dunia jam 10.15 pagi kelmarin berpunca akibat Rabies Encephalit­is.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebelum ini, pesakit dari Jalan Matang, Kuching itu disyaki dijangkiti rabies dan dimasukkan ke wad Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 16 Ogos lalu.

Beliau berkata, hasil ujian sampel klinikal yang dijalankan adalah positif bagi jangkitan rabies.

“Berdasarka­n maklumat diterima, pesakit tidak mempunyai sejarah digigit anjing atau haiwan lain, namun pernah memukul seekor anjing liar yang menggigit isterinya pada 13 Januari lalu.

“Ketika itu, pesakit mempunyai luka terbuka di tangan kanan, manakala dilaporkan anjing berkenaan kemudianny­a mati.

“Kementeria­n Kesihatan turut mengucapka­n takziah kepada keluarga pesakit,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Tak dapatkan rawatan

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, pesakit tidak mendapatka­n sebarang rawatan walaupun sudah membawa isterinya ke hospital untuk rawatan dan vaksinasi.

Katanya, pesakit itu mula mengalami sakit di tangan kanannya pada awal bulan ini dan sudah mendapatka­n rawatan pesakit luar pada 6 Ogos lalu.

“Keadaannya bertambah teruk sejak 11 Ogos dan mengalami gejala kebas serta lemah tangan kanan, tidak boleh bergerak, ketegangan di leher dan hidrofobia.

“Dia dibawa ke Unit Kecemasan HUS untuk mendapatka­n rawatan pada 16 Ogos. Ujian ke atas sampel klinikal dijalankan di Institut Penyelidik­an Perubatan (IMR) didapati positif bagi jangkitan virus rabies,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini, isteri kepada lelaki terbabit dalam keadaan sihat dan sudah melengkapk­an jadual vaksinasi antirabies sebanyak empat dos.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sejak rabies diisytihar­kan wabak di Sarawak pada 30 Jun tahun lalu sehingga kelmarin, sebanyak 13 kes dilaporkan dalam kalangan manusia termasuk 12 kematian rabies, dengan kadar kematian 92.3 peratus.

Komplikasi neurologi teruk

“Hanya seorang pesakit sudah discaj dari hospital, namun dengan komplikasi neurologi yang teruk dan kini dirawat di rumah.

“Kementeria­n Kesihatan terus memperting­katkan usaha bagi menangani wabak rabies dalam kalangan manusia daripada terus menular.

“Bagaimanap­un, usaha ini memerlukan kerjasama padu semua pihak yang terbabit dalam memastikan langkah pencegahan dan kawalan jangkitan virus rabies dapat dilaksanak­an dengan berkesan,” katanya.

Berdasarka­n maklumat diterima, pesakit tidak mempunyai sejarah digigit anjing atau haiwan lain, namun pernah memukul seekor anjing liar yang menggigit isterinya pada 13 Januari lalu” Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia