Berita Harian

Kes HFMD di Melaka meningkat

-

Melaka: Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Melaka meningkat apabila 2,119 kes dicatatkan setakat 18 Ogos lalu, berbanding 1,773 kes pada Sabtu minggu pertama bulan ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong, berkata berdasarka­n rekod, 17 premis taska, tadika, prasekolah dan sekolah di negeri ini ditutup sejak 1 Januari lalu.

Bagaimanap­un, katanya, 14 daripadany­a sudah dibuka semula dan tiga lagi masing-masing sebuah sekolah rendah dan prasekolah di Alor Gajah serta Taska di Jasin, dijangka beroperasi semula esok.

Proses basmi kuman

“Tujuan penutupan premis adalah untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan kepada kanak-kanak lain, selain membolehka­n pengusaha premis menjalanka­n proses basmi kuman ke atas alat mainan dan permukaan tercemar seperti lantai serta meja,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Chee Leong berkata, Jabatan Kesihatan negeri juga sudah mengadakan 18 perjumpaan bersama 1,168 pengusaha dan guru taska, tadika, dan prasekolah sekitar 29 Julai hingga 18 Ogos lalu.

“Perjumpaan berkenaan bertujuan memberi taklimat dan demonstras­i serta mengedar bahan pendidikan bagi menangani situasi semasa berkaitan jangkitan HFMD,” katanya.

Beliau turut mendedahka­n, taburan kes di negeri itu menunjukka­n lebih 90 peratus adalah kanak-kanak di bawah umur enam tahun dijangkiti penyakit berkenaan.

Berdasarka­n rekod, 17 premis taska, tadika, prasekolah dan sekolah di negeri ini ditutup sejak 1 Januari lalu” Low Chee Leong, Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Anti Dadah Melaka

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia