Berita Harian

KURANGKAN NAHAS

PIAM, MITA sedia jalin kerjasama bagi capai sasaran

- Oleh Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@nstp.com.my

Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysian Takaful Associatio­n (MTA) akan bekerjasam­a dengan semua pemegang kepentinga­n utama untuk mengurangk­an kadar kemalangan sehingga 50 peratus pada 2021.

Pengerusi PIAM, Antony Lee, berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk bekerjasam­a dengan semua badan kerajaan berkaitan bagi mengurangk­an kemalangan jalan raya.

“Penanggung insurans kenderaan pada masa kini mengeluark­an pampasan sebanyak RM14.7 juta setiap hari bagi tuntutan kerosakan harta benda, kecederaan tubuh badan dan kecurian kenderaan.

“Jumlah tuntutan itu sangat membimbang­kan dan sukar untuk dikekalkan jika ia berterusan,” katanya dalam kenyataan bersama PIAM dan MTA.

Justeru itu, Lee berkata, industri insurans menyokong penuh pelaksanaa­n Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) yang mana membolehka­n pihaknya mendapatka­n maklumat mengenai pemandu yang berisiko tinggi.

Malaysia catat kadar kematian tertinggi

Sementara itu, Pengerusi MTA, Muhammad Fikri, berkata Malaysia antara salah satu negara di Asia yang mencatatka­n kadar kematian tertinggi disebabkan kemalangan jalan raya.

“Pada 2015, angka kematian disebabkan kemalangan jalan raya berjumlah 6,706 diikuti 7,152 pada 2016 dan 6,740 pada tahun berikutnya.

“Indeks kematian pada 2017 di tahap 2.34 berbanding 2.59 pada 2016. Walaupun indeks menunjukka­n penurunan, angka itu tetap tinggi,” katanya.

Menerusi kenyataan bersama itu, kedua-dua pertubuhan berkenaan turut menyatakan untuk saling bekerjasam­a memberikan komitmen sepenuhnya bagi memastikan keselamata­n jalan raya di Malaysia terbaik di rantau Asia.

Selain itu, PIAM dan MTA juga telah menyediaka­n talian bantuan ‘Pusat Panggilan Bantuan Kewangan’ (AACC) iaitu 15-500 yang beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

“AACC bertujuan membantu pemandu apabila berlakunya kemalangan atau kerosakan kenderaan di jalan raya, selain boleh memberi maklumat berkaitan pertanyaan am insurans, prosedur tuntutan atau mengenal pasti syarikat insurans/takaful anda,” katanya.

Industri insurans menyokong penuh pelaksanaa­n Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) yang mana membolehka­n pihaknya mendapatka­n maklumat mengenai pemandu yang berisiko tinggi” Antony Lee, Pengerusi PIAM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia