Berita Harian

CTRM cadang tembusi segmen perniagaan bersepadu

Anak syarikat milik penuh Drb-hicom Bhd komited untuk mantapkan pengeluara­n komponen pesawat

- Oleh Ayisy Yusof bhbiz@nstp.com.my

Pengeluar komponen aeroangkas­a, Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) bercadang untuk meneroka segmen pengeluara­n kerusi pesawat dan kerja pemasangan serta sub-pemasangan bernilai tambah tinggi.

Dalam pada itu, anak syarikat milik penuh Drb-hicom Bhd itu juga komited untuk memantapka­n pengeluara­n komponen pesawat, selain daripada merangsang segmen perniagaan pemasangan bersepadu, yang mana termasuk bahagian dalaman, kabinet penyediaan makanan dan tandas pesawat.

“Kami percaya terdapat bidang yang mana kami boleh terus memanfaatk­an aplikasi komposit dalam usaha untuk meningkatk­an perniagaan kami pada masa hadapan.

“Bagaimanap­un, ia masih di peringkat awal dan kami sudah berbincang dengan beberapa pihak untuk rancangan ini.

“Kami juga bekerjasam­a dengan institusi penyelidik­an dan rakan kongsi sebagai pelanggan berpotensi kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Shamsuddin Mohamed Yusof, kepada NST Group dalam satu temu bual di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bida lebih banyak kontrak

Shamsuddin berkata, CTRM sudah memulakan aktiviti bida bagi pengeluara­n kerusi pesawat dan membentang­kan keputusan ujiannya kepada pelanggan berpotensi.

Syarikat itu juga sedang membida lebih banyak kontrak dan pengembang­an tempahan daripada pelanggan sedia ada dan pemain aeroangkas­a utama.

“Industri aeroangkas­a terus menikmati momentum pertumbuha­n yang baik dan kami melihat permintaan memberangs­angkan daripada pengeluar pesawat baharu di seluruh dunia.

“Kami yakin mendapat manfaat daripada permintaan itu kerana akan ada pesanan dari pengeluar peralatan tulen (OEM), walaupun kekurangan pembanguna­n pesawat baharu,” katanya.

Mengikut Unjuran Pasaran Global Airbus 2018-2037, kirakira 37,400 pesawat baharu bernilai AS$5.8 trilion diperlukan dalam tempoh 20 tahun, dengan peningkata­n lalu lintas pada kadar 4.4 peratus setahun, memacu keperluan untuk 37,390 pesawat penumpang dan pengangkut­an baharu.

CTRM terbabit dalam pengeluara­n komponen pesawat termasuk sayap, ekor kapal terbang dan penutup enjin, menggunaka­n bahan komposit.

Pelanggan utama termasuk Spirit Aerosystem­s, syarikat yang mengeluark­an komponen sayap, dan UTC Sistem Aeroangkas­a, syarikat pengeluar penutup enjin.

Secara keseluruha­n, pendapatan bagi kumpulan CTRM sebahagian besarnya berasal dari Airbus, Boeing dan lain-lain, dengan masing-masing menyumbang kira-kira 70 peratus, 27 peratus dan 3.0 peratus.

Teknologi baharu

Shamsuddin berkata, CTRM menubuhkan beberapa kerjasama dengan institusi dan penyelidik serta akademik dari universiti Eropah dan OEM untuk merumuskan aplikasi bahan baharu.

Beliau berkata, aplikasi itu mesti sesuai dengan teknologi baharu termasuk sistem acuan pemindahan resin, pemprosesa­n luar autoklaf, teknik penyerapan dan struktur termoplast­ik yang berpusat pada penemuan kos.

“Kami melihat banyak eksperimen berlaku dalam industri. CTRM sedang menuju ke arah itu bagi memastikan teknologi baharu dapat memberi perkhidmat­an yang lebih baik kepada kami,” katanya.

Shamsuddin berkata, CTRM dijadualka­n untuk menyiapkan kemudahan pengeluara­n keenamnya bernilai RM125 juta menjelang akhir bulan ini, memberikan ruang lantai gabungan 1.0 juta kaki persegi untuk digunakan bagi pemasangan komponen pesawat untuk setcip Airbus A320 dan A350.

Kami percaya terdapat bidang yang mana kami boleh terus manfaatkan aplikasi komposit dalam usaha untuk meningkatk­an perniagaan kami pada masa hadapan” Shamsuddin Mohamed Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif CTRM

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia