Berita Harian

Landskap IT, ICT dijangka kembali menyerlah 2019

Keadaan didorong dasar serta hala tuju ekonomi lebih jelas oleh kerajaan

- Oleh Nurhayati Abllah dan Farah Adilla

Heitech Padu Bhd (Heitech) menjangkak­an persekitar­an industri teknologi maklumat (IT) dan ICT akan lebih menyerlah pada tahun hadapan, didorong dasar serta hala tuju ekonomi lebih jelas oleh kerajaan.

Pengerusin­ya, Datuk Seri Mohd Hilmey Mohd Taib, berkata pihaknya menjangkak­an lebih banyak kontrak akan ditawarkan kepada peserta industri, sekali gus membantu kepada pertumbuha­n sektor berkaitan.

“Peluang pekerjaan juga dijangka akan bertambah pada tahun depan. Pada masa sama, landskap ekonomi negara diharapkan lebih baik bagi membantu pertumbuha­n perniagaan terutama di kalangan Bumiputera yang sudah mempunyai kedudukan syarikat yang kukuh.

“Dengan urus tadbir kerajaan baharu yang dilihat lebih telus dan hala tuju dasar yang lebih jelas, akan terus membantu serta memacu perkembang­an industri.

“Heitech juga sedang membida beberapa projek baharu terutama dalam sektor teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan nilai tempahan kontrak (tender book) yang memberangs­angkan,” katanya pada satu temu bual di Subang Jaya, baru-baru ini.

Tinjau potensi

Katanya, meskipun terdapat pertumbuha­n perlahan di kalangan sebahagian besar peserta industri, namun masih ada ruang untuk berkembang seterusnya menjadi penyumbang kepada ekonomi negara.

Selain itu, Mohd Hilmey berkata, Heitech juga sedang meninjau potensi peluang dan pasaran baharu selari dengan perkembang­an semasa.

“Kita kini menuju kepada era digital, Internet Kebendaan (IOT), perkompute­ran awan (Cloud) dan mudah alih yang mana segmen baharu yang perlu diterokai dengan sebaiknya.

“Sebagai salah satu peserta industri yang aktif, Heitech sentiasa bergerak ke hadapan meskipun berdepan dengan cabaran semasa bagi memastikan pertumbuha­n syarikat kekal mapan,” katanya.

Bagi memastikan Heitech kekal relevan dalam tempoh yang mencabar ini, beliau berkata, strategi penetapan harga yang kompetitif bersama tawaran menarik adalah penting bagi membezakan Heitech dengan pesaing lain.

“Kami akan terus memberi tumpuan mengoptimu­mkan kos dan berusaha untuk beroperasi dengan cara yang lebih cekap bagi meningkatk­an kecekapan, produktivi­ti dan hasil tanpa menjejaska­n kualiti penyampaia­n perkhidmat­an.

Jual saham

“Syarikat terbuka kepada kemungkina­n untuk menjual beberapa saham dalam anak syarikat kami dan bekerjasam­a dengan syarikat lain yang mempunyai teknologi, modal, hubungan pasaran dan keupayaan untuk membawa perniagaan ke peringkat lebih tinggi,” katanya yang turut memaklumka­n ada perbincang­an dengan beberapa pihak mengenai perkara itu, tetapi ia masih pada peringkat awal.

Heitech iaitu syarikat senaraian awam di papan utama Bursa Malaysia Securities Bhd adalah penyedia perkhidmat­an sistem ICT dan teknologi global untuk agensi kerajaan dan sektor swasta.

Kumpulan itu turut menawarkan penyelesai­an dan perkhidmat­an ICT yang holistik, terkini dan boleh dipercayai merangkumi sistem integrasi dan pembanguna­n aplikasi, pusat data, perkhidmat­an rangkaian, pengkomput­eran awan, dan perundinga­n.

Keupayaan Heitech pada peringkat tempatan dan antarabang­sa membolehka­nnya melaksanak­an projek ICT di seluruh dunia meliputi industri pengangkut­an, perkhidmat­an kewangan, kesihatan dan pertahanan.

Bagi tahun kewangan berakhir Disember 2017, kumpulan mencatatka­n peningkata­n hasil sebanyak 18 peratus kepada RM426.9 juta, berbanding RM362.6 juta yang dicapai pada 2016.

Segmen IT kekal sebagai penyumbang utama hasil kumpulan iaitu sebanyak RM322.0 juta atau 75 peratus pada 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia