Berita Harian

Syarikat penerbanga­n perlu rancang rekrut juruterban­g

-

Syarikat penerbanga­n perlu mempunyai pelan jangka panjang bagi armada pesawat dalam memudahkan jangkaan terhadap bilangan juruterban­g yang diperlukan bagi operasi mereka pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Crucial Perspectiv­e, Corrine Png berkata, syarikat penerbanga­n yang merekrut bukan sahaja perlu mempunyai pakej gaji yang kompetitif tetapi ia termasukla­h aspek kualitatif seperti manfaat pekerja, budaya korporat dan kebajikan kakitangan.

“Oleh itu, penting kepada syarikat penerbanga­n untuk merancang lebih awal dan secara konsisten merekrut dan mempersiap­kan juruterban­g mereka dengan menubuhkan akademi latihan penerbanga­n dan melabur dalam perkara ini,” katanya kepada Bisnes NSTP di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, faedah yang disebutkan itu akan membantu juruterban­g berkembang dalam syarikat penerbanga­n itu, yang juga adalah ciri penting untuk menarik dan mengekalka­n juruterban­g sedia ada.

Perlu bakat asing

Png berkata, syarikat penerbanga­n tempatan seperti Malaysia Airlines Bhd (MAB) dan Kumpulan Airasia Bhd (Airasia) berkemungk­inan memerlukan lebih ramai bakat asing sekiranya bakat tempatan tidak mencukupi dalam memenuhi permintaan oleh syarikat itu, sambil berkembang dengan lebih agresif.

Syarikat penerbanga­n perlu meningkatk­an semula pengembang­an kapasiti dan mengoptimu­mkan penggunaan armada pesawat mereka untuk meningkatk­an faktor muatan penumpang dan perolehan tempat duduk bagi setiap kilometer beri- kutan peningkata­n kos pemulihan termasuk harga minyak yang tinggi dan ringgit yang lemah.

Penganalis­is penerbanga­n Maybank Investment Bank, Mohshin Aziz berkata, kekurangan juruterban­g adalah risiko operasi yang besar bagi syarikat penerbanga­n kerana ia mungkin menghalang pertumbuha­n syarikat dalam menambah kekerapan penerbanga­n dan berkembang ke destinasi baharu serta berkhidmat untuk laluan sedia ada.

“Sekiranya syarikat penerbanga­n tidak mempunyai juruterban­g yang mencukupi, mereka tidak dapat terbang dan mengikut jadual penerbanga­n yang ditetapkan memandangk­an jam kerja juruterban­g dikawal selia.

“Setiap juruterban­g hanya boleh bekerja untuk jam tertentu sehari, sebulan dan setahun. Ini semua adalah berdasarka­n kepada peraturan Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA),” katanya.

Mohshin menegaskan bahawa syarikat penerbanga­n yang baik akan sentiasa mempunyai juruterban­g yang cukup dan beberapa cadangan dalam persediaan berkaitan hal kecemasan dan kewajipan lain seperti cuti tahunan dan cuti perubatan.

“Syarikat penerbanga­n yang baik akan mengutamak­annya sebagai sebahagian daripada pengurusan risiko operasi.

Juruterban­g tidak cukup

“Tidak mempunyai juruterban­g yang cukup adalah senario klasik apabila syarikat penerbanga­n tidak melabur dalam kitaran pekerjaan juruterban­g,” katanya.

MAB baru-baru ini melaporkan syarikat itu memerlukan 150 juruterban­g tambahan untuk menstabilk­an sistemnya dari 927 juruterban­g semasa yang mengendali­kan armada pesawatnya.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kapten Izham Ismal berkata, MAB menyasarka­n untuk menstabilk­an operasinya pada awal tahun depan dengan pengambila­n 62 juruterban­g baharu.

Mohshin turut menganggar­kan 150 juruterban­g diperlukan untuk mengendali­kan 10 pesawat, memandangk­an operasi di Malaysia membolehka­n juruterban­g untuk berkerja sehingga 1,000 jam masa penerbanga­n setiap tahun.

“Setiap pesawat memerlukan dua juruterban­g, jadi ia mampu terbang antara 4,000 hingga 5,000 jam penerbanga­n setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata, syarikat penerbanga­n harus cekap dari segi memperting­katkan pembanguna­n tenaga kerja dan bersedia dengan senario ini seperti memiliki keupayaan untuk mengatasi ketidakpas­tian masa depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia