Berita Harian

Maklumat ekonomi wajar ‘dirakyatka­n’

-

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua yang diumumkan pada Jumaat lalu adalah 4.5 peratus. Angka ini sememangny­a begitu rendah berbanding dengan jangkaan penganalis­is ekonomi iaitu sekitar 5.2 peratus.

Faktor utama yang menyumbang kepada prestasi ini adalah penguncupa­n di dalam pelaburan awam iaitu sebanyak 9.8 peratus serta kelembapan di dalam pertumbuha­n eksport bersih iaitu 1.7 peratus berbanding 62.4 peratus yang dicatatkan pada tempoh sebelumnya. Dari segi industri pula, sektor pertanian dan perlombong­an mencatatka­n pertumbuha­n negatif iaitu 2.5 peratus dan 2.2 peratus.

Perkara ini berikutan kejatuhan pengeluara­n minyak sawit serta gas asli dalam tempoh berkenaan. Manakala, industri pembuatan dan pembinaan masingmasi­ng mencatatka­n pertumbuha­n yang lebih perlahan iaitu 4.9 peratus dan 4.7 peratus berbanding 5.4 peratus dan 4.9 peratus pada suku pertama 2018.

Pada enam bulan pertama tahun 2018, pertumbuha­n KDNK yang dicatatkan adalah 4.9 peratus berbanding 5.7 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu. Justeru, pihak BNM telah menyemak semula unjuran pertumbuha­n ekonomi daripada 5.5 6.0 peratus kepada 5.0 peratus.

Naik 10 peratus

Selain daripada angka KDNK, defisit fiskal kerajaan persekutua­n telah berada pada RM30.8 bilion bersamaan 4.5 peratus daripada KDNK pada separuh pertama tahun ini. Jumlah hasil kerajaan yang dicatatkan pada tempoh ini adalah RM106.8 bilion iaitu peningkata­n sebanyak 10 peratus.

Selain itu, perbelanja­an mengurus dan perbelanja­an pembanguna­n bersih berada pada paras RM117.8 bilion dan RM19.8 bilion yang mana masingmasi­ng mencatatka­n pertumbuha­n sebanyak 6.0 dan 19.8 peratus pada tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Manakala imbangan pembayaran pula, imbangan akaun semasa terus mencatatka­n lebihan sebanyak RM18.9 bilion iaitu bersamaan 2.7 peratus daripada KDNK pada separuh pertama tahun ini. Ia meningkat berbanding RM13.6 bilion atau 2.1 peratus daripada KDNK yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun 2017.

Jika diamati, terdapatny­a kekangan bagi mencapai pertumbuha­n ekonomi yang pesat. Sua sana global ekonomi yang agak tidak menentu seperti peperangan perdaganga­n yang dipelopori oleh Amerika Syarikat seolaholah memberi isyarat bahawa ekonomi negara dijangka akan mencatatka­n pertumbuha­n yang lebih perlahan. Sebagai sebuah ekonomi yang terbuka dari sudut perdaganga­n, pelaburan dan aliran modal, Malaysia sememangny­a terdedah kepada ancaman kelembapan ekonomi global.

Oleh itu, amat penting bagi pembuat dasar untuk mengenal pasti kekangan yang dihadapi seperti kewangan kerajaan agar sumber yang bakal digembling dapat digunakan secara berkesan dan mengenai sasaran. Dalam hal ini, pertimbang­an antara kesan jangka pendek dan jangka panjang perlu diambil kira supaya pertumbuha­n ekonomi ini dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat, baik muda atau tua, kaya atau miskin dan generasi sekarang mahu pun akan datang. masa bergantung kepada pada harga pasaran minyak.

Perkara ini berikutan tiadanya mekanisme harga pasaran yang sepatutnya dapat memberi isyarat kepada pengguna untuk mengubah tabiat perbelanja­an mereka terhadap bahan api tersebut apabila harga minyak berubah.

Untuk menambah peruntukan pendidikan pula, ia juga adalah sesuatu yang baik. Penekanan terhadap pendidikan sememangny­a bertujuan untuk membina kapasiti negara melalui penghasila­n tenaga kerja yang berkemahir­an tinggi dan mampu untuk meningkatk­an nilai tambah serta produktivi­ti negara.

Namun, hasil pelaburan pendidikan memakan masa yang panjang. Bayangkan pelaburan pendidikan ini bermula daripada umur prasekolah sehinggala­h murid itu menjadi mahasiswa pada umur sekitar 22 tahun dan 23 tahun.

Sudah tentu keperluan jangka pendek akan diabaikan sekiranya semua peruntukan kerajaan diberi Contoh yang mudah adalah perkepada sektor pendidikan. Begitimban­gan atau keputusan metulah dilema yang dihadapi oleh ngenai pemberian subsidi atau pemerintah untuk mengimbang­i ingin memberi peruntukan yang keperluan jangka pendek dan lebih bagi sektor pendidikan. jangka panjang.

Subsidi minyak sememangny­a Justeru, kita perlu sedar bahawa sesuatu yang menggembir­akan pertumbuha­n ekonomi ini ada semua pihak. Apa tidaknya, pengturun dan naiknya yang membeguna kenderaan akan membayar ri kesan langsung kepada pengharga minyak yang rendah dari agihan sumber kerajaan. Seumharga pasaran. pama laut yang ada pasang dan

Sama ada sedar atau tidak, surutnya. Dengan maklumat yang berkemungk­inan pengguna kenboleh dikatakan hanya di hujung deraan telah terlebih guna minyak jari, masyarakat kita seharusnya yang diperlukan dalam satusatu mampu untuk membuat pertim

Kaji semula pemberian subsidi

bangan yang rasional.

Perbincang­an mengenai prospek pertumbuha­n ekonomi sememangny­a topik yang sentiasa hangat untuk dibicaraka­n kerana ia merangkumi banyak aspek seperti dasar kerajaan, landskap perniagaan, baik perniagaan yang kecil atau besar serta kesan kepada pasaran kewangan.

Peperangan perdaganga­n

Tidak kurang juga unsurunsur geo politik yang juga dibincangk­an terutamany­a dalam konteks semasa iaitu peperangan perdaganga­n.

Penulis ingin menyaranka­n kepada kerajaan agar maklumat serta perkembang­an ekonomi ini dirakyatka­n supaya masyarakat boleh membuat pertimbang­an yang wajar.

Kita tidak mahu masyarakat berada dalam kegelapan apabila membicarak­an soal ekonomi lalu membuat keputusan yang kurang bijak seperti tidak menyimpan, tidak melabur dan berbelanja secara berlebihan.

Yang paling mudarat adalah melabur dalam skim cepat kaya. Oleh itu, perlu ada forum antara rakyat dan kerajaan khusus dalam membicarak­an soal ekonomi negara dengan bahasa yang paling mudah dan senang difahami oleh semua lapisan masyarakat, tidak kira mereka yang mempunyai latar pendidikan yang tinggi atau sebaliknya.

Dengan cara ini, lebih mudah untuk mendapat sokongan atau buy-in terutamany­a apabila kerajaan ingin melaksanak­an dasardasar yang kurang popular.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia