Berita Harian

SETIAP KEJAYAAN PERLUKAN PENGORBANA­N

Mahasiswa berkorban masa dan tenaga demi mencapai impian mereka

- Oleh Nor Azma Laila norazma@bh.com.my

̌

Mencipta kejayaan dalam apa juga bidang yang diceburi bukan satu tugas mudah sebaliknya memerlukan usaha, kerja keras dan pengorbana­n dari pelbagai sudut, baik masa, tenaga atau wang ringgit.

Mencapai kejayaan dalam bidang pengajian turut menuntut pengorbana­n termasukla­h berkorban masa dan tenaga apabila turut bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti lain atau berjauhan daripada keluarga kerana menuntut ilmu di perantauan.

Bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Jasmani), Universiti Putra Malaysia (UPM), Raja Norsharina Raja Shabuddin menyifatka­n peranan beliau sebagai atlet hoki kebangsaan menuntut pengorbana­n masa dan tenaga yang bukan sedikit untuk mencipta kejayaan dalam sukan dan akademik.

“Saya mula menyertai skuad kebangsaan pada 2009, selepas menamatkan peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berpeluang menyambung pengajian di UPM pada 2012.

“Saya cuma mengambil sembilan hingga 12 jam kredit saja setiap semester kerana perlu membahagik­an masa antara dua bidang berkenaan dan sepatutnya menamatkan pengajian pada Oktober 2016,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Raja Sharina yang turut terpilih mewakili Malaysia ke Sukan Asia 2018 di Indonesia perlu menangguhk­an satu semester pengajian pada tahun ini kerana terpilih menyertai Liga Hoki Scotland, September ini.

Sepanjang membabitka­n diri dalam sukan, pemain pertahanan skuad kebangsaan itu puas apabila pengorbana­n itu dibuat untuk mengharumk­an nama Malaysia di mata dunia apatah lagi minat dalam sukan hoki memang tertanam dalam dirinya sejak di bangku sekolah lagi.

Mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga, menjaga ibu yang menghidap kanser dan terpaksa bekerja sambilan ketika masih menuntut di universiti menjadi antara pengorbana­n yang dibuat pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Harizan Zulkifli dalam usahanya menggengga­m segulung ijazah sekali gus mengubah nasib keluarga pada masa depan.

Pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelanconga­n yang berasal dari Mentakab, Pahang itu antara segelintir penuntut yang terpaksa bekerja sambil belajar bagi menampung kos pengajian dan membantu keluarga.

“Saya berasal daripada keluarga susah yang mana ibu sudah berpisah dengan bapa dan tugas menanggung keluarga kini terletak di bahu saya sejak dari bangku sekolah lagi memandangk­an ibu terpaksa menjaga adik perempuan yang kurang upaya kerana mempunyai masalah pembelajar­an apatah lagi ibu juga tidak memiliki sebarang kemahiran untuk bekerja.

“Selepas menamatkan persekolah­an, saya pernah ber hijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja selama sembilan bulan bagi mencari sumber pendapatan untuk keluarga tetapi tidak meneruskan kerja kerana mendapat tawaran pengajian ke UMT,” katanya.

Harizan yang tinggal bersama ibu dan adik perempuan yang mempunyai masalah pembelajar­an di rumah sewa di Mentakab hampir tidak dapat menyambung pengajian kerana masalah kewangan apatah lagi hasrat itu tidak dipersetuj­ui oleh ibunya yang mahu beliau bekerja bagi menampung keluarga.

Berkat sokongan

Meskipun begitu, berkat dorongan dan sokongan kewangan daripada guru sekolah, Harizan tekad untuk ke UMT dan bertolak seorang diri ke universiti bagi mendaftar pada hari pertama sesi pendaftara­n.

“Memandangk­an saya perlu membayar kos sewa rumah di Mentakab yang mencecah RM500 sebulan, saya mengambil keputusan untuk bekerja sambilan dari jam 6 petang hingga 10 malam di restoran makanan segera di Gong Badak, Kuala Terengganu dengan kadar bayaran RM 4.80 sejam.

“Saya sekali lagi diuji apabila ibu disahkan menghidap barah payudara tahap tiga pada Disember tahun lalu dan berikutan itu, saya perlu berulang dari Kuala Terengganu ke Mentakab bagi menjaga adik serta menemani ibu menjalani kimoterapi di Hospital Temerloh, Pahang,” katanya.

Harizan yang terpaksa berulang alik dari kampus ke tempat kerja juga berdepan masalah kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri malah beliau pernah meminjam basikal milik kawan bagi memudahkan pergerakan ke lokasi pekerjaan.

Meskipun berdepan pelbagai cabaran sepanjang menuntut ilmu, Harizan tidak pernah berputus asa untuk meneruskan pengajian di UMT malah sentiasa berharap supaya pengorbana­n yang dibuat itu akan membuahkan hasil yang membanggak­an pada masa depan.

Kesusahan yang ditanggung Harizan mendapat perhatian Pusat Islam Sultan Mahmud UMT (PISM) dan bantuan kewangan sudah disalurkan malah beliau turut mendapat bantuan dari Gerobok Rezeki UMT yang menyediaka­n makanan untuk pelajar yang memerlukan.

Bekerja sambilan

Sementara itu, pelajar Diploma Kejurutera­an Awam, Politeknik Kota Bharu (PKB), Ahmad Hafizuddin Mazlan turut bekerja sambilan bagi menampung kos pengajian kerana berasal daripada keluarga serba kekurangan.

“Bapa sudah meninggal seawal usia saya 12 tahun dan tugas mencari pendapatan untuk keluarga diambil alih oleh ibu yang bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan RM400 sebulan,” katanya.

Katanya, situasi ibunya yang perlu menanggung tiga anak dengan kewangan yang tidak menentu itu mendorong beliau untuk bekerja sambilan bagi meringanka­n beban keluarga sekali gus menampung kos pengajian.

“Ketika menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu, saya bekerja secara sambilan di kedai tayar di Pasir Putih, Kelantan bagi mengumpul duit sekiranya dapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Saya tidak mahu menerima nasib yang sama dengan abang yang sebelum ini terpaksa menolak tawaran pengajian kerana masalah kewangan menyebabka­n saya nekad bekerja bagi mencari wang untuk membantu keluarga dan membayar yuran pengajian di PKB,” katanya.

Sepanjang menuntut di PKB, Ahmad Hafizuddin meneruskan tanggungja­wab membantu keluarga apabila bekerja sambilan pada waktu malam sebagai pembantu kedai di gerai burger dan masakan panas yang dibuka sekitar kolej kediaman PKB.

Bagi Ahmad Hafizuddin, pengorbana­n itu perlu dilaku kan sekiranya beliau ingin mencapai citacita menggengga­m ijazah seterusnya mengubah nasib keluarga ke tahap yang lebih baik.

Yuran pengajian

Pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam, Nur Adilla Md Saliman pula bekerja secara sambilan sepanjang cuti semester bagi mendapatka­n wang sampingan untuk membiayai yuran pengajian dan kolej kediaman sebaik memasuki semester baharu.

“Saya tidak mahu menyusahka­n keluarga kerana bukan berasal daripada keluarga senang memandangk­an bapa tidak bekerja berikutan masalah kesihatan manakala ibu pula bekerja sendiri di rumah dengan menawarkan perkhidmat­an membuat ‘door gift’.

“Setiap kali cuti semester, saya akan pulang ke kampung dan mencari pekerjaan di kawasan sekitar bagi mendapatka­n wang saku sebagai bekalan untuk semester berikutnya.

“Sepanjang dua tahun menuntut di UITM, saya bangga kerana pengorbana­n yang dibuat untuk bekerja setiap kali cuti semester mampu membantu saya membayar yuran pengajian dengan duit sendiri tanpa perlu menyusahka­n keluarga,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO HIASAN] ?? Sumbangan makanan atau suspended meal turut dianjurkan pelbagai pihak di universiti awam bagi membantu pelajar yang memerlukan.
[FOTO HIASAN] Sumbangan makanan atau suspended meal turut dianjurkan pelbagai pihak di universiti awam bagi membantu pelajar yang memerlukan.
 ??  ?? Harizan Zulkifli
Harizan Zulkifli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia