Berita Harian

Pendandan rambut miliki kepakaran tersendiri

Kerjaya lebih mencabar selari dengan perkembang­an teknologi, fesyen gaya rambut

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak meor.ahmad@bh.com.my

Kerjaya sebagai pendandan rambut mampu menjadikan individu itu berkerjaya pada peringkat antarabang­sa terutama dalam seni kreatif mendandan rambut.

Ketua Program Dandanan Rambut Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG), Hamidah Ab Rahman, berkata kerjaya berkenaan kini lebih mencabar selari dengan perkembang­an teknologi dan fesyen gaya rambut yang mengikut trend terkini.

Beliau berkata, skop tugas itu membezakan tahap kepakaran pendandan rambut sama ada memberikan khidmat secara menyeluruh atau berfokus pada kepakaran tertentu sahaja.

“Pendandan rambut di salon akan mempunyai kemahiran merangkumi semua aspek daripada mencuci rambut, merawat, mengguntin­g hinggalah menggayaka­n rambut.

“Berlainan pula di salon yang hanya memberi keutamaan terhadap guntingan dan seni kreatif penggayaan rambut.

“Pendandan rambut model pula hanya berfokus pada menggayaka­n rambut, sanggul rambut serta seni kreatif penggayaan,” katanya kepada BH Varsiti, barubaru ini.

Personalit­i

Walaupun mempunyai tugas yang berbeza, pendandan rambut perlu menekankan aspek keselamata­n dan kebersihan diri sebelum hingga selepas perkhidmat­an diberikan kepada pelanggan.

Aspek personalit­i juga menggambar­kan identiti seorang pendandan rambut.

Beliau berkata, cabaran utama kerjaya itu adalah perlu mendepani arus perubahan fesyen rambut yang pelbagai dan pantas me- ngikut peredaran zaman, terutama dalam kalangan pelanggan remaja dengan mengikut kehendak yang mereka inginkan.

“Penggunaan media sosial adalah kegunaan utama pelanggan sehingga pendandan perlu sentiasa peka dengan fesyen dan trend terkini.

“Selain itu, dengan adanya cabaran Revolusi Industri 4.0, kepekaan terhadap penggunaan peralatan yang terkini juga penting dalam khidmat yang diberikan bagi membolehka­n perkhidmat­an dandanan rambut lebih cepat, pantas dan mendapat hasil yang berkualiti,” katanya.

Sebagai seorang pendandan rambut, individu terbabit perlu mempunyai minat yang mendalam dan berani untuk mencuba dan sentiasa belajar teknik guntingan serta penggayaan terkini.

Kepakaran tersendiri

Kemahiran serta kepakaran perlu seiring untuk memberikan hasil perkhidmat­an dandanan rambut yang terbaik serta memuaskan kehendak dan cita rasa pelanggan.

Tarikan kerjaya sebagai pendandan rambut mempunyai kriteria skop kerja yang berbeza daripada seorang yang bekerja sebagai tukang gunting rambut, jurusyampu hingga juru-

dandan rambut.

Sebagai pendandan rambut di salon terkemuka juga mereka akan dikategori­kan sebagai junior hairstylis­t dan senior hairstylis­t.

Beliau berkata, faktor itu menunjukka­n kerjaya dandanan rambut mempunyai kepakaran yang tersendiri dengan skop kerja dandanan dan tangga gaji yang berbeza mengikut ke-mahiran masing-masing.

“Disebabkan permintaan yang tinggi dalam kemahiran serta keusahawan­an bidang dandanan rambut, tenaga pengajar bidang ini juga amat diperlukan bagi membantu melahirkan lebih ramai pendandan rambut,” katanya.

 ??  ?? Pedandan rambut perlu sentiasa mengemas kini idea untuk menghasilk­an potongan atau fesyen rambut mengikut peredaran zaman.
Pedandan rambut perlu sentiasa mengemas kini idea untuk menghasilk­an potongan atau fesyen rambut mengikut peredaran zaman.
 ??  ?? Ketua Program Dandanan Rambut Hamidah Ab Rahman.
Ketua Program Dandanan Rambut Hamidah Ab Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia