Berita Harian

Shockelat tawar aneka coklat, perhiasan majlis

Mohamad Fudhail sentiasa positif, lihat cabaran sebagai peluang

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak meor.ahmad@bh.com.my

̌

Memiliki kemahiran pertukanga­n, kreatif dan minat berniaga mendorong Mohamad Fudhail Abdul Razak, 23, menceburi dunia perniagaan, sekali gus menimba pengalaman berniaga.

Pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pelanconga­n, Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama rakan kongsinya, Anis Sofiani Abd Ghani mengusahak­an Shockelat yang menjual coklat jenama popular seperti Daim, Pepero, Ferrero Roshe yang sukar didapati di kedai biasa.

Berkonsepk­an mesra pengguna, Shockelat yang beroperasi di sini, turut menawarkan perkhidmat­an perhiasan majlis dan penghantar­an seperti jambangan bunga, coklat, hamper, cenderamat­a dan belon.

“Sukar mendapatka­n coklat berjenama mendorong saya melakukan kajian dengan berhubung pembekal di Langkawi bagi memenuhi permintaan peminat coklat.

“Selain coklat, generasi kini suka membuat kejutan menerusi pemberian hadiah kepada orang tersayang dan sudah menjadi trend iaitu menghantar hadiah jambangan bunga bersama coklat,” katanya.

Cabaran tersendiri

Setiap percubaan pasti ada cabaran tersendiri dan bagi Mohamad Fudhail, pada peringkat awal beliau sendiri mengalami kekurangan modal untuk memulakan perniagaan­nya.

“Saya menggunaka­n duit simpanan yang ada dan Alhamdulil­lah keluarga turut membantu dalam perniagaan ini.

“Kekurangan modal menyebabka­n saya sentiasa positif, melihat cabaran sebagai peluang apabila membuat sendiri perabot dengan mengambil ilham daripada media sosial sehingga berjaya membina kedai dengan hasil tangan sendiri,” katanya.

Bermula dengan modal RM5,000 untuk digunakan membeli mesin wang, sewa dan pendawaian, namun dengan kemahiran yang ada, beliau mengubah suai sendiri kedainya, sekali gus dapat mengurangk­an kos.

“Kemahiran pertukanga­n ini diperoleh kerana minat dan suka mencuba sesuatu yang baharu jadi saya belajar daripada internet dan video berkaitan perabot, selain pernah menolong keluarga membuat perabot di rumah,” katanya.

“Melalui perniagaan, ia banyak mengajar saya lebih matang dan bersedia menghadapi cabaran terutamany­a dalam situasi ekonomi semasa, selain menampung kos perbelanja­an seharian ketika berada di universiti.

“Sejak menceburi perniagaan saya dapat ramai kenalan dan lebih banyak berhubung dengan orang lain serta menaja perhiasan majlis,” katanya.

 ??  ?? Fudhail
(dua dari kiri) bersama-sama keluarga ketika membuat persediaan untuk memulakan operasi kedainya di Varsity Mall, UUM.
Fudhail (dua dari kiri) bersama-sama keluarga ketika membuat persediaan untuk memulakan operasi kedainya di Varsity Mall, UUM.
 ??  ?? Sentuhan kreatif Fudhail sentiasa mendapat perhatian dalam kalangan pelanggan.
Sentuhan kreatif Fudhail sentiasa mendapat perhatian dalam kalangan pelanggan.
 ??  ?? Fudhail (kiri) bersama rakannya yang turut memberi sokongan.
Fudhail (kiri) bersama rakannya yang turut memberi sokongan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia