Berita Harian

Mengharumk­an nama negara di pentas antarabang­sa

-

Raja Norsharina berkata, kekangan masa sepanjang bergelar atlet dan pelajar sudah menjadi perkara biasa kepadanya, malah terpaksa menyambut hari raya di luar negara kerana komitmen dalam sukan semakin mendewasak­an beliau.

“Aidiladha tahun ini juga menyaksika­n saya beraya di Indonesia kerana menyertai Sukan Asia tetapi saya bangga kerana pengorbana­n itu berjaya membawa nama negara di pentas sukan antarabang­sa,” katanya yang akan menamatkan pengajian pada tahun depan.

Selain berkorban dari segi masa dan tenaga, sudah tentu saat berjauhan daripada keluarga kerana menuntut ilmu di perantau sedikit banyak meninggalk­an kesan kepada si penuntut.

Bagi pensyarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Mohd Firuz Mohd Anwar, peluang mengikuti program kerjasama antara Malaysia-taiwan di Tatung University, mengajar beliau erti pengorbana­n dalam menuntut ilmu apabila terpaksa berjauhan daripada isteri yang sarat mengandung anak ketiga.

“Saya kini menyambung pengajian program doktor falsafah (PHD) di UPM dalam jurusan Rekabentuk Perindustr­ian dan diberi peluang oleh universiti untuk mewakili Malaysia dalam program kerjasama pelajar selama empat bulan di Taipei, Taiwan.

“Peluang menuntut ilmu di negara luar adalah perkara yang ditunggu-tunggu setiap pelajar dan saya mahu merasai sendiri pengalaman belajar di Taiwan yang menjadi antara negara maju di Asia serta terkenal industri berteknolo­gi tinggi,” katanya.

Perasaan rindu

Mohd Firuz berkata, pengajian di Taiwan yang disertai pada Jun lalu menuntut beliau untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di perantauan dan situasi sama juga terpaksa di hadapi untuk Hari Raya Aidiladha yang disambut semalam kerana pengajian di sana dijangka tamat pada September ini.

“Tidak dinafikan, untuk pertama kali saya berjauhan dengan keluarga dalam tempoh agak panjang, perasaan rindu dan risau itu memang menebal apatah lagi saya sangat rapat dengan anak pertama dan isteri pula sarat mengandung.

“Pertama kali beraya di perantauan juga memberikan perasaan berbeza dan sayu tetapi suasana itu dimeriahka­n dengan kehadiran umat Islam dari negara lain yang turut menunaikan solat sunat di Grand Mosque Taipei serta sambutan bersama warga Malaysia di Konsulat Malaysia di Taiwan,” katanya.

 ?? [FOTO HIASAN] ??
[FOTO HIASAN]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia