Berita Harian

Menyemarak­kan budaya, bahasa dan bangsa Melayu

-

Kuala Lumpur: Usaha memartabat­kan bahasa Melayu tidak pernah pudar dalam kalangan penggiat seni sastera tanah air malah penganjura­n program sastera sentiasa mekar dan rancak diadakan di seluruh negara.

Pusat Kebudayaan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil pendekatan aktif dan santai untuk menghimpun­kan peminat sastera menerusi program khas Sembang Pohon Keranji (SPK) yang diadakan di lokasi tradisi, di kediaman Sasterawan Negara, Prof Emeritus Dr Muhammad Salleh.

SPK yang sudah masuk edisi ketiga penganjura­nnya itu memberi peluang kepada penggiat sastera untuk bertemu dan berkongsi pandangan dengan Prof Muhammad serta secara tidak langsung mengukuhka­n lagi hubungan budaya dan perkongsia­n penggiat seni sastera negara.

Prof Muhammad berkata, SPK 3.0 adalah waktu terbaik untuk bertemu mata bersama karyawan, aktivis, penggiat sastera dan rakan seperjuang­an seterusnya memberi manfaat kepada semua yang hadir ke program berkenaan.

Katanya, melalui perbincang­an, luahan rasa, pandangan dan komentar bicara orang lama dan baharu itu boleh menjadi satu inisiatif yang sangat baik dan seimbang dalam usaha memupuk kasih sayang untuk menyemarak­kan budaya, bahasa dan bangsa Melayu.

“Pesanan saya buat golongan muda, mereka harus meningkatk­an rasa cinta serta memupuk kasih sayang dalam menyemarak­kan budaya, bahasa dan bangsa Melayu.

Nilai bangsa

“Hilangnya nilai sesuatu bangsa yang serius dalam mempertaha­nkan budaya dan bangsa yang mempunyai harga diri adalah kerana tidak diajar atau diterapkan nilai berkenaan dalam diri dengan lebih mendalam,” katanya.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Mohd Khair Ngadiron; karyawan dan penyair seperti Syed Indera Syed Omar; Dr Saleeh Rahamad; Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA); aktivis sastera iaitu Mahmood Ibrahim; Silahudin Ahmad; Rosma- wani Ishak dan penyanyi Fazlee Zainal.

Program turut dimeriahka­n dengan deklamasi dan nyanyian lagu puisi oleh Adiwangsa Sukma dan dendangan lagu oleh Urus Setia Kesenian Pelajar serta Patricia Grange yang juga penyair dan penterjema­h dari Perancis.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed, berkata SPK 3.0 adalah kesinambun­gan kepada program SPK 2.0 yang diadakan sebelum ini.

“Program ini bertujuan menghidupk­an suasana dan budaya sastera sekali gus memartabat­kan bahasa Melayu ke setiap lapisan umur dalam masyarakat kita,” katanya.

 ??  ?? Deklamasi dan nyanyian lagu puisi oleh Adiwangsa Sukma (dua dari kanan)pada program SPK 3.0.
Deklamasi dan nyanyian lagu puisi oleh Adiwangsa Sukma (dua dari kanan)pada program SPK 3.0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia