Berita Harian

Graduan teknologi, pacu kecemerlan­gan inovasi

-

holistik serta memenuhi permintaan industri.

Dengan kurikulum baharu dikenali Rangka Kerja Kurikulum Taylor’s, pelajar kini boleh meneroka bidang pendidikan baharu membabitka­n dua bidang itu walaupun mereka mengikuti pengajian dalam kursus berbeza.

Pelajar perniagaan sebagai contoh berpeluang mengambil pengkhusus­an minor dalam bidang teknologi maklumat atau pelajar kejurutera­an boleh mengikuti kursus minor berkaitan bidang perniagaan atau pemasaran.

Gandingan ilmu pengetahua­n yang dimiliki ini menjadi kombinasi kukuh yang akan meningkatk­an kemahiran dan keupayaan mahasiswa, sekali gus memperoleh ijazah berkualiti untuk memperoleh kerjaya serta membina kedudukan pekerjaan terbaik.

Dekan Eksekutif Fakulti Seni Bina, Kejurutera­an, Teknologi dan Reka Bentuk Universiti Taylor’s, Dr David Asirvatham, berkata kurikulum diperkenal­kan itu sejajar kepentinga­n bidang komputer dan kejurutera­an yang menjadi sebahagian elemen utama realiti kehidupan harian.

Sejajar kemajuan negara memasuki Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) yang menyaksika­n berlakunya rombakan teknologi, katanya, tidak hairan sekiranya trend teknologi sedia ada memerlukan penggabung­an dan penggemble­ngan tenaga pelbagai profesion.

Kreatif dan inovatif

“Disebabkan kepentinga­n aspek terbabit, Universiti Taylor's memberi tumpuan terhadap kerjasama antara pelajar, universiti dan industri,” katanya.

Dalam menjayakan kurikulum baharu dan mencapai kecemerlan­gan, Universiti Taylor’s memastikan Pusat Pengajian Kejurutera­an dan Pusat Pengajian Sains Komputer dan Teknologi Malumat mengaplika­sikan pendekatan menyeluruh bagi mendidik serta melahirkan graduan dipenuhi ciri kepimpimpi­nan, malah dipupuk dengan kemahiran menjadi usahawan.

Pusat Pengajian Kejurutera­an universiti ini juga memiliki pengiktira­fan sebagai fakulti kejurutera­an pertama di Asia Tenggara menggunapa­kai inisiatif Mengilhamk­an (Conceiving), Mereka Bentuk (Designing), Melaksanak­an (Implementi­ng) dan Mengendali­kan (Operating) atau singkatann­ya CDIOTM yang menggabung­kan teknik konvension­al dan moden.

Pembelajar­an terkini

Kelebihan dimiliki Universiti Taylor’s adalah menggalakk­an pelajar bidang teknologi maklumat memulakan syarikat start-up berasaskan bidang itu sebelum menamatkan pengajian mereka.

Bagi mendapat maklumat lanjut program ditawarkan Universiti Taylor’s, individu yang berminat boleh menghubung­i talian 03-5629 5000, menghantar emel ke applicatio­ns@taylors.edu.my atau melayari laman web www.taylors.edu.my.

 ??  ?? Ahli pasukan lumba kereta dari Sekolah Kejurutera­an Universiti Taylor's sedang membuat persiapan terakhir sebelum memulakan perlumbaan.
Ahli pasukan lumba kereta dari Sekolah Kejurutera­an Universiti Taylor's sedang membuat persiapan terakhir sebelum memulakan perlumbaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia