Berita Harian

Memperkasa sistem pembelajar­an STEM

-

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Fakulti Kejurutera­an dan Alam Bina (FKAB) menjalin kerjasama dengan BRAINET (M) Sdn Bhd (BRAINET) dan SK Innovation Sdn Bhd (SK Innovation) bagi menghasilk­an modul pengajaran dan pembelajar­an informal Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM), selaras dengan keperluan Pendidikan Abad ke-21.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidik­an dan Inovasi) UKM, Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman, berkata modul interdisip­lin dalam bahasa Melayu yang dihasilkan melalui kerjasama itu berasaskan kepada intervensi kejurutera­an.

Beliau berkata, modul yang dihasilkan itu dapat memberi peluang kepada pelajar di seluruh negara untuk memperhalu­si pendidikan STEM dengan lebih holistik dan praktikal.

Penyebaran ilmu

“Modul yang dihasilkan itu juga turut dipadankan dengan alat bantu mengajar selaras dengan trend pendidikan semasa," katanya ketika berucap pada majlis menandatan­gani memorandum perjanjian (MOA) antara UKM dengan BRAINET dan SK Innovation di sini, baru-baru ini.

MOA itu selari dengan keperluan era industri 4.0 iaitu STEM sebagai sektor industri yang berupaya membuka peluang pekerjaan baharu kepada graduan.

Selain itu, jalinan kerjasama itu akan memberi perhatian dalam mewujudkan pusat pengajaran STEM dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan keperluan masyarakat.

Prof Dr Mohd Ekhwan berkata, model itu diyakini akan memberi peluang kepada lebih ramai kanakkanak dalam lingkungan usia empat hingga 15 tahun, khususnya di luar bandar dalam menguasai ilmu STEM pada kos berpatutan.

Selain itu, katanya, wa- nita mempunyai latar belakang dalam bidang STEM yang berkecimpu­ng dalam penjagaan kanakkanak lingkungan umur empat hingga 12 tahun juga digalakkan menerokai STEM Transit Centre.

“Saya berharap agar penubuhan STEM Transit Centre akan menjadi medium penyebaran ilmu STEM kepada lebih besar masyarakat di negara ini,” katanya.

 ??  ?? Prof Mohd Ekhwan (tengah) menandatan­gani MOA di Bangi baru-baru ini.
Prof Mohd Ekhwan (tengah) menandatan­gani MOA di Bangi baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia