Berita Harian

RICE 2018 platform pelajar pamer kemahiran

-

Sintok: Pameran Penyelidik­an, Inovasi dan Pengkomers­ialan (RICE 2018) anjuran Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Universiti Utara Malaysia menjadi medan kepada pelajar untuk mempamerka­n kemahiran mereka sepanjang tempoh pengajian di universiti.

Sebanyak enam kategori dipertandi­ngkan iaitu pengurusan perniagaan, keusahawan­an, pemasaran, pengurusan sumber manusia, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan multimedia serta kategori terbuka.

Dekan SBM, UUM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah, berkata penganjura­n RICE 2018 buat kali kedua itu adalah bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mempamerka­n kemahiran mereka selaras dengan pengetahua­n yang diperoleh semasa menghadiri kuliah.

“Program kali ini juga turut disertai oleh peserta dari luar yang turut mempamerka­n hasil inovasi dan kreativiti mereka.

“Ini adalah program yang dibangunka­n untuk membolehka­n pelajar mengemukak­an idea dalam bentuk projek, pelan perniagaan, hasil inovasi dan sebagainya,” katanya.

Muncul juara

Projek Auto SOS daripada kategori ICT dan multimedia yang diketuai Norsaleha Idris di bawah seliaan Prof Madya Dr Thi Lip Sam muncul juara keseluruha­n pada RICE 2018.

Selain itu, lima lagi kategori lain iaitu pengurusan perniagaan dimenangi UUM Food Delivery App; keusahawan­an (product innovation: Ola Hiking Stick); pemasaran (J.CO Coffee & Donuts Service Blueprint), pengurusan sumber manusia (Crack Your Character (CYC).

Bagi kategori terbuka pula dimenangi oleh Kolej Vokasional Alor Setar dengan projek mereka

 ??  ?? Dekan SPBM, Proff Dr Haim Abdullah bersama-sama peserta RICE 2018..
Dekan SPBM, Proff Dr Haim Abdullah bersama-sama peserta RICE 2018..

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia