Berita Harian

Mengetahui asal usul bangsa Melayu

-

Kuala Lumpur: Buku

membentang­kan beberapa idea dan dapatan terbaharu dalam penyelidik­an ilmiah mengenai asal usul bangsa Melayu.

Penyelidik dan penulis utama buku ini, Zaharah Sulaiman menghabisk­an masa selama tujuh tahun mengumpul bahan dan meneliti lebih 1,000 sumber penyelidik­an daripada pelbagai tokoh penyelidik berwibawa dunia.

Kandungan buku ini pastinya akan mencetus kontrovers­i dan polemik berpanjang­an serta menarik minat mereka yang terbuka minda ingin mengeta- hui secara lebih mendalam mengenai perkembang­an tamadun di Alam Melayu dan penghuni asalnya.

Migrasi moyang

Kira-kira 20 tahun lalu, dua penyelidik antropolog­i dan arkeologi di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengemukak­an dapatan kajian mereka menolak teori besar mengenai bangsa Melayu berasal dari Wilayah Yunnan atau Selatan China (tersiar dalam akhbar harian Melayu dan Inggeris, bertarikh 5 September 1994).

Teori dikaitkan berhubung migrasi moyang kepada rumpun Melayu daripada kabilah Negrito iaitu komposit Semang dan Senoi.

Migrasi ini secara terus menerus dari benua Afrika melalui Timur Tengah ke benua Melayu Sunda atau Alam Melayu di antara 65,000 hingga 75,000 tahun lalu.

Dalam buku lain yang dikaitkan dengan teori ini termasuk

seperti disebut dalam tulisan ahli falsafah Greek Plato (330 SM) adalah benua Melayu Sunda dan pandangan ini disokong oleh beberapa sarjana lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia