Berita Harian

Tidak mudah putus asa walau dikritik

Aktif dalam pelbagai kegiatan sama ada di dalam mahupun luar kampus

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak

Kuala Lumpur: Sukakan cabaran dan mencuba perkara baharu menjadikan Anis Rafifah Ramlee, 19, aktif menceburi pelbagai aktiviti program sama ada di dalam atau luar kampus.

Pelajar Sijil Operasi Perhotelan Kolej Komuniti Kuantan itu pernah menjadi pengacara majlis, bersajak, menyertai kumpulan nasyid dan tarian.

Anis yang menyertai bidang kepimpinan sejak dibangku sekolah lagi turut menjadi Ahli Jawatankua­sa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej Komuniti Kuantan dan membabitka­n diri dengan Kelab PISPA dengan menjalanka­n aktiviti sukarelawa­n bersama-sama masyarakat setempat.

“Saya tidak akan berputus asa walaupun dikritik dan dimarahi kerana kritikan akan menjadi pembakar semangat untuk terus maju kehadapan.

“Saya suka bergaul dan menambah kenalan baharu kerana mereka mempunyai personalit­i yang berbeza dan menarik kerana dengan cara ini saya dapat belajar banyak perkara sama ada daripada aspek kehidupan atau personalit­i,” katanya kepada BH Varsiti, baru-baru ini.

Jaga penampilan

Anak bongsu daripada enam beradik itu yang amat mementingk­an penampilan berkata, aspek pemakaian serta adab tatatertib perlu dijaga kerana beliau yakin tanggapan pertama sangat penting untuk menambat kepercayaa­n orang lain.

“Cara pemakaian saya akan menyerlahk­an lagi keyakinan diri sama ada dari sudut luaran dan dalaman supaya orang lain yakin untuk bekerja dengan saya.

“Selain pemakaian, adab perlu dijaga, terutamany­a apabila menjadi seorang pemimpin kerana akan dijadikan sebagai contoh dan teladan untuk semua,” katanya.

Beliau menyifatka­n aktiviti luar kuliah perlu ada dalam diri semua mahapelaja­r kerana aktiviti ini dapat meningkatk­an lagi keyakinan diri.

“Aktiviti luar program dapat menambah kemahiran berinterak­si serta berkomunik­asi pelajar serta membina sikap yakin diri yang tinggi,” katanya.

 ??  ?? Anis (kanan) aktif menceburi pelbagai aktiviti program sama ada di dalam atau luar kampus termasuk bidang nyanyian.
Anis (kanan) aktif menceburi pelbagai aktiviti program sama ada di dalam atau luar kampus termasuk bidang nyanyian.
 ??  ?? Anis sukakan cabaran.
Anis sukakan cabaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia