Berita Harian

Inovasi pendebunga­an lebah kelulut

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

Masalah ketidakcek­apan proses pendebunga­an yang dijalankan secara manual dalam penanaman Melon Manis Terengganu (MMT), mencetuska­n idea kepada seorang penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Wahizatul Afzan Azmi memba-ngunkan inovasi Pendebu-ngaan Lebah Kelulut.

Wahizatul Afzan berkata, inovasi itu bukan sahaja mampu mengatasi masalah pendebunga­an tanaman terbabit, tetapi juga mempercepa­tkan prosesnya dan menghasilk­an MMT lebih berkualiti.

Katanya, sebelum ini penanaman MMT yang dibuat secara tertutup menghalang ejen pendebunga­an, iaitu serangga lebah kelulut menjalanka­n proses penghantar­an debunga ke pokok.

“Situasi ini menyebabka­n proses pendebunga­an terpaksa dilakukan pekerja secara manual, sama ada bagi pendebunga­an sendiri, pendebunga­an kacuk silang di pokok sama tetapi bunga berbeza atau pendebunga-an kacuk silang di pokok dan bunga berbeza tetapi masih spesies sama.

“Namun dengan jumlah beg poli tanaman yang beribu dan tempoh kesesuaian pendebunga­an kurang dua minggu, menyebabka­n proses manual ini sukar diselesaik­an secara sempurna.

“Malah kesilapan turut berlaku ketika pekerja melakukan proses pendebunga­an ini, seperti meletakkan debunga tidak tepat ke dalam stigma sehingga berlaku kecacatan pada hasil pengeluara­n tumbuhan dan buah MMT kurang berkualiti,” katanya ketika dihubungi BH Varsiti, baru-baru ini.

Beliau berkata inovasi ini turut mendapat sokongan daripada pengerusi jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembanguna­n Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim yang menagadaka­n lawatan ke Taman Kekal Pen- geluran Maknan (TKPM).

Ditanya soal cabaran, Wahizatul Afzan berkata, kesukaran utama adalah bagi memberi kesedaran kepada kumpulan petani bahawa proses pendebunga­an menggunaka­n inovasi terbaharu ini mampu memudahkan, melancar dan menjimatka­n masa.

Cabaranuta­ma

Katanya, pada peringkat awal menjalanka­n penyelidik­an itu, beliau terpaksa menunjukka­n kepada petani terbabit perbezaan kaedah pendebunga­an secara manual dan menggunaka­n lebah kelulut.

Beliau berkata, cabaran turut dihadapi ketika proses mendapatka­n kaedah terbaik penggunaan lebah kelulut mengikut masa dan keadaan sesuai, sehingga pada awalnya banyak serangga itu mati.

Wahizatul Afzan berkata, lebah kelulut memiliki keunikan tersendiri dan aktif sepanjang tahun, selain spesies serangga itu tidak memerlukan kos besar untuk dipelihara serta tidak membahayak­an.

Pembanguna­n inovasi Pendebunga­an Lebah Kelulut, katanya, lebih cekap berbanding pendebunga­an manual yang mengambil masa agak lama, memerlukan lebih ramai tenaga kerja dan kos sangat tinggi, terutama apabila membabitka­n penanaman berskala besar.

 ??  ?? Prof Wahizatul Afzan (kanan) dan Dr Azman (duduk paling kiri) meninjau log lebah kelulut yang digunakan dalam proses penyelidik­an MMT
Prof Wahizatul Afzan (kanan) dan Dr Azman (duduk paling kiri) meninjau log lebah kelulut yang digunakan dalam proses penyelidik­an MMT
 ??  ?? Dr Azman (tengah) mengadakan lawatan ke ladang MMT di Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM)
Dr Azman (tengah) mengadakan lawatan ke ladang MMT di Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia