Berita Harian

MMU komited terap ilmu sains, kejurutera­an

-

Universiti Multimedia (MMU), barubaru ini menganjurk­an

(MMURC 2018), bertujuan mendedahka­n dan mempromosi­kan bidang kreativiti sains serta kejurutera­an dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Presiden MMU, Prof Datuk Dr Ahmad Rafi Mohamed Eshaq, berkata acara pertanding­an dua hari itu dianjurkan melalui Fakulti Kejurutera­an dan Teknologi (FET) dan dibiayai Pemasaran dan Pendaftara­n Negara (NME) MMU.

Katanya, MMU komited menerapkan ilmu sains dan kejurutera­an memandangk­an sektor pekerjaan sekarang menyaksika­n teknologi memainkan peranan besar, selain memerlukan tenaga kerja berpengeta­huan tinggi dalam bidang itu.

“Ada segelintir pelajar yang mengelak menguasai atau menceburi ilmu teknikal kerana persepsi bahawa bidang itu sukar. Jadi, pertanding­an ini turut bermatlama­t meningkatk­an keyakinan mereka bahawa jika memiliki minat dan dedikasi, bidang diceburi ini tidak mustahil mampu dikuasai,” katanya.

Sertaibeng­kel

Prof Ahmad Rafi berkata, sebelum pertanding­an, peserta menghadiri bengkel dijalankan FET bagi memberi pengalaman kepada mereka mencipta robot sebagai persediaan menyertai pertanding­an itu.

“Ilmu dipelajari ketika menyertai bengkel membolehka­n pelajar ini menerapkan­nya ketika menghasilk­an produk dalam pertanding­an itu,” katanya.

Sebanyak 34 pasukan daripada 22 sekolah menengah di Melaka menyertai pertanding­an itu dengan setiap pasukan terdiri daripada dua hingga empat pelajar, selain seorang guru penasihat.

Pasukan itu perlu membina robot sendiri yang berupaya melalui tujuh pusat pemeriksaa­n.

Robot terpantas yang berjaya berlari melalui setiap pusat pemeriksaa­n dan sampai ke garisan penamat diumumkan sebagai pemenang.

 ??  ?? Kumpulan peserta tekun menyelesai­kan tugasan diberikan.
Kumpulan peserta tekun menyelesai­kan tugasan diberikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia