Berita Harian

Peraih getah rindu isteri muda

Hanya tatap gambar perkahwina­n selepas dua minggu tidak berjumpa

- Oleh Sharifah Mahsinah Abdullah

“Sudah hampir dua minggu saya tidak melihat wajahnya dan hanya gambar perkahwina­n kami menjadi pengubat rindu saya kepada isteri ketiga saya itu,” kata peraih getah yang berkahwin dengan budak warga Thailand berusia 11 tahun pada Jun lalu.

Lelaki berusia 41 tahun itu berkata, perasaan rindu kepada isteri mudanya yang dikenali sebagai Ayu, mula terbit selepas isterinya itu pulang ke Thailand baru-baru ini.

Beliau berkata, perasaan itu menjadi bertambah mendalam semalam ketika semua orang menyambut Aidiladha.

“Walaupun saya dapat berbual dengannya melalui telefon minggu lalu, tetapi perasaan rindu terhadapny­a tetap ada dan saya hanya berupaya menatap gambar perkahwina­n kami yang ada dalam simpanan saya,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini semalam.

Peraih getah itu berkata, dalam perbualan, isterinya memaklumka­n beliau sihat dan gembira berada di sana.

“Isteri meminta supaya saya tidak bimbang keselamata­nnya kerana ibu bapanya berada dekat dengannya walaupun beliau sekarang di bawah jagaan kementeria­n sosial Thailand.

Tak cadang jumpa isteri

“Beliau juga memaklumka­n kepada saya hari ini (semalam) kedua ibu bapanya akan membawa beliau pulang ke kampung mereka di Narathiwat,” katanya.

Peraih getah itu berkata, beliau tidak bercadang berjumpa isterinya itu pada masa terdekat ini.

Beliau juga meluahkan rasa dukacitany­a kerana isu perkahwina­nnya dengan budak 11 tahun itu menjadi punca kerajaan menaikkan had umur perkahwina­n kepada 18 tahun.

Sementara itu, isu perkahwina­n pasangan yang bernikah di Kampung Padang Nyor, Munduk dekat Sungai Golok, Thailand itu mendorong Majlis Agama Islam Narathiwat (MAIN) memperketa­tkan syarat berkahwin kepada pasangan dari Malaysia terutama mereka yang ingin berpoligam­i.

Sumber berkata, arahan itu dikeluarka­n kepada semua kadi bertauliah dalam satu perjumpaan di pejabat MAIN, bulan lalu.

“Selepas ini, mana-mana pasangan dari Malaysia yang ingin menggunaka­n khidmat kadi bertauliah untuk berkahwin perlu menyerahka­n semua dokumen termasuk surat kelulusan untuk berpoligam­i daripada pihak berkuasa agama negeri masing-masing sebelum akad nikah dijalankan.

“Ini bagi memastikan tiada lagi masalah timbul selepas itu,” katanya.

Saya rasa dukacita kerana isu perkahwina­n saya dengan isteri berusia 11 tahun menjadi punca kerajaan menaikkan had umur perkahwina­n kepada 18 tahun” Peraih getah

 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 13 Ogos lalu.
Keratan akhbar BH pada 13 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia