Berita Harian

Peniaga barang antik rugi RM300,000 kedai kena pecah masuk

-

Kuala Terengganu: Seorang peniaga barang antik dan cenderahat­i kerugian hampir RM300,000 apabila kedai sewanya di Jalan Sultan Mahmud, di sini, dipecah masuk.

Lelaki berusia 53 tahun itu hanya menyedari kedai yang beroperasi hampir 12 tahun lalu dipecah masuk kira-kira jam 3 petang Sabtu lalu, apabila mendapati barangan yang ada dalam premisnya lesap.

Sumber berkata, mangsa yang mengusahak­an perniagaan antik sejak 30 tahun lalu datang ke kedainya untuk membuat pemeriksaa­n selepas kali terakhir berbuat demikian sebulan lalu.

Tujuh bulan tutup kedai

Katanya, mangsa menutup kedainya sejak tujuh bulan lalu kerana mahu berpindah ke bengkel lain dan kali terakhir memeriksa kedainya kira-kira sebulan lalu dengan hanya mengunci pintu gelongsor (sliding) besi.

Barangan antik berusia ratusan tahun

“Antara barangan yang hilang adalah lembing, keris lama, pingat lama, duit syiling lama, tempayan besar, gong tembaga dan beberapa barangan antik lain dengan ada antara barang yang disimpan berusia hampir ratusan tahun,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar, ketika dihubungi NSTP, di sini semalam, mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah kedai.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah kedai” Idris Abd Rafar, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia