Berita Harian

Pesara kerajaan diperdaya Macau Scam rugi RM30,000

-

Bentong: Akibat bimbang akaunnya disekat Bank Negara, seorang pesara kerajaan kerugian RM30,000 selepas terpedaya dengan memberikan maklumat akaun banknya kepada anggota sindiket ‘Macau Scam’ di Taman Seroja Benus, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa wanita berusia 60 tahun dikatakan menerima panggilan daripada seorang lelaki mendakwa membuat panggilan dari Mahkamah Tinggi Alor Setar sebelum memaklumka­n nama mangsa digunakan individu tidak dikenali untuk membuka syarikat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata suspek kemudian menyambung­kan panggilan mangsa yang juga pesara kerajaan kepada seorang wanita lain.

“Suspek kedua (wanita berbangsa India) memberitah­u mangsa perlu bercakap dengan pegawai atasannya dikenali sebagai Datuk Sapari yang dikatakan boleh menyelesai­kan masalah mangsa.

Disambung kepada ‘Bank Negara’

“Panggilan mangsa kemudian disambungk­an kepada suspek ketiga (Datuk Sapari) sebelum talian itu disambungk­an kepada pihak kononnya dari Bank Negara,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Mohd Wazir berkata, suspek keempat yang menyamar kakitangan Bank Negara memaklumka­n akaun mangsa sudah disekat kerana mempunyai hutang kira-kira RM19,300 disebabkan nama mangsa digunakan individu lain untuk membuka syarikat.

Beliau berkata, anggota sindiket Macau Scam itu kemudian meminta mangsa memberikan nombor akaunnya bagi tujuan siasatan.

“Tidak lama selepas itu, mangsa yang curiga dengan modus operandi sindiket berkenaan kemudian memeriksa akaunnya dan mendapati baki wangnya hanya tinggal RM2,300 dan berkuranga­n sebanyak RM30,000,” katanya.

Mohd Wazir berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Bentong untuk tindakan lanjut.

Mangsa yang curiga memeriksa akaunnya dan dapati baki wangnya hanya tinggal RM2,300 dan berkuranga­n sebanyak RM30,000” Mohd Wazir Mohd Yusof, Ketua JSJK Pahang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia