Berita Harian

Seorang suspek ditahan reman

Polis kini sedang kenal pasti identiti 14 lagi individu terbabit pergaduhan

- Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Seorang daripada 15 lelaki yang merusuh selepas kemalangan kecil berhampira­n sebuah restoran di Uptown Avenue, Seremban 2, di sini, awal pagi kelmarin, sudah ditahan polis, malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superinten­dan Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata lelaki berusia 30-an itu ditahan di sebuah lokasi di bandar ini, pada jam 7.45 malam.

“Lelaki berkenaan direman tiga hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan, masingmasi­ng kerana merusuh serta khianat.

“Kita sedang mengenal pasti identiti 14 lagi lelaki yang dipercayai terbabit dalam rusuhan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

NSTP semalam melaporkan, sekumpulan 15 lelaki merusuh hingga merosakkan pelbagai barangan di sebuah restoran di Uptown Avenue, Seremban 2, akibat tidak berpuas hati dengan satu kemalangan kecil di kawasan berkenaan.

Kejadian jam 1.15 pagi itu berlaku ketika lelaki berusia 31 tahun yang memandu sebuah kereta Volkswagen dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Kenderaan hilang kawalan

Sebaik tiba di kawasan restoran berkenaan, sebuah kenderaan pacuan empat roda Range Rover dari arah bertentang­an dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian depan Volkswagen itu.

Akibat tidak berpuas hati, beberapa lelaki dari Range Rover berkenaan dan sebuah lagi kereta jenis Mercedes Benz menyerang pemandu Volkswagen menggunaka­n kayu serta besi.

Mereka turut dilaporkan bertindak merosakkan kerusi, meja, pinggan dan barangan lain di restoran terbabit selepas pemilik premis meminta mereka tidak bergaduh dan membuat bising.

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Sekumpulan lelaki memecahkan barangan di sebuah restoran di Uptown Avenue, Seremban 2, kelmarin.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Sekumpulan lelaki memecahkan barangan di sebuah restoran di Uptown Avenue, Seremban 2, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia