Berita Harian

13 lelaki diberkas kes culik dua remaja

-

Johor Bahru: Polis menahan 13 lelaki dipercayai terbabit kes penculikan dua remaja lelaki di Skudai, Johor Bahru dan Paloh, Kluang, baru-baru ini, dengan polis berjaya menemukan serta menyelamat­kan seorang daripada remaja itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, berkata semua suspek berumur antara 19 hingga 39 tahun itu ditahan di empat lokasi berbeza.

Beliau berkata, dua daripada suspek ditahan di sebuah rumah di Pagoh, Muar kira-kira jam 11.30 malam Ahad lalu, manakala 11 lagi ditangkap kelmarin di tiga lokasi iaitu sebuah rumah di Yong Peng, Batu Pahat; sebuah hotel bajet di Jalan Wong Ah Fook di sini, dan di Singapura antara jam 11.30 pagi hingga 1 tengah hari.

Diminta bayar RM120,000

Katanya, penahanan itu susulan dua laporan diterima polis masing-masing pada 18 Julai dan Ahad lalu berhubung dua remaja lelaki berusia 18 tahun dilarikan di Skudai dan Paloh, yang keluargany­a turut diminta membayar wang tebusan RM120,000.

“Daripada siasatan dan maklumat dikumpul, polis percaya kejadian pertama dan kedua dilakukan kumpulan penjenayah sama.

“Susulan itu, operasi dijalankan dan berjaya menyelamat­kan mangsa kedua yang dikurung di sebuah rumah di Pagoh. Polis juga menemukan satu rangka manusia yang tidak sempurna di tempat pembuangan sampah di kawasan sama, namun identitiny­a masih belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Kamaluddin berkata, pihaknya akan menunggu keputusan DNA daripada hospital untuk menentukan sama ada rangka berkenaan berkaitan mangsa pertama atau sebaliknya.

Pada masa sama, katanya, polis juga akan menyiasat sama ada wang tebusan sudah dibayar kepada suspek.

Beliau berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh berhubung penemuan rangka itu.

“Semua suspek kini direman selama 12 hari sehingga 1 September depan untuk siasatan,” katanya.

Polis juga temui satu rangka manusia tidak sempurna di tempat pembuangan sampah di kawasan sama” Kamaluddin Kassim, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia