Berita Harian

Pensyarah edar ganja ditahan

Polis temui bungkusan daun kering mampat dalam kereta, tempat kerja suspek

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Seorang pensyarah lelaki ditahan polis di pejabat Pos Laju di Jalan Song, di sini, kelmarin, kerana mengedar dadah jenis ganja sejak beberapa bulan lalu.

Suspek berusia 36 tahun itu ditahan jam 10 pagi oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak hasil risikan dan maklumat awam.

Polis turut menemui daun kering mampat ganja seberat 2.2 kilogram yang dianggarka­n bernilai RM22,300.

Keadaan mencurigak­an

Ketua JSJN Sarawak, Superinten­dan Sahar Abdul Latif, berkata suspek yang mengajar di sebuah universiti swasta di bandar ini dilihat dalam keadaan mencurigak­an di depan pejabat Pos Laju berkenaan sebelum polis memperkena­lkan diri untuk pemeriksaa­n lanjut terhadap suspek.

Beliau berkata, suspek membawa polis memeriksa Perodua Myvi miliknya dan menemui dua bungkusan ganja, selain sebungkus lagi yang baru diterima suspek menerusi perkhidmat­an kurier. Ketua JSJN Sarawak

Dibawa ke tempat kerja

“Polis seterusnya dibawa ke tempat kerja suspek dan menemui tiga bungkusan ganja disorok di atas siling tandas wanita.

“Ganja mampat itu disimpan dalam kotak bersama beg, selain menemui alat penimbang, plastik membungkus dan pisau,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sahar berkata, suspek dipercayai menjual dadah kepada penagih tempatan, namun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti pelanggann­ya.

Beliau berkata, suspek mengaku menagih dadah sejak lapan tahun lalu, tetapi mula mengedarny­a sejak pertengaha­n tahun ini.

“Suspek yang positif dadah direman tujuh hari bermula semalam (kelmarin), dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia