Berita Harian

RSDHC sedia kursus jururawat

Pelajar didedah kemahiran, pengetahua­n komprehens­if

- Oleh Siti Nurazlinee Azmi

Ramsay Sime Darby Healthcare College (RSDHC) menyediaka­n peluang untuk membina kerjaya sebagai jururawat kepada sesiapa saja yang berpotensi.

Kolej itu juga mempunyai rekod pelajar cemerlang dengan purata kelulusan 100 peratus dalam Peperiksaa­n Pendaftara­n Kejururawa­tan selama lebih 15 tahun dalam bidang pendidikan.

RSDHC menawarkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), Diploma dan Sijil Profesiona­l.

Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejururawa­tan Kontempora­ri mengambil masa dua tahun pengajian. Melalui silibus pembelajar­an yang menekankan latihan amali berlandask­an teori menjadikan proses pengajian lebih relevan dengan industri.

Bagi Diploma Kejururawa­tan pula, tempoh pengajian mengambil masa selama tiga tahun dan memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajar­i selok-belok kerjaya menerusi pendedahan asas kejururawa­tan.

Latihan amali di hospital

Selain diberi pengetahua­n secara teori, pelajar turut kerap melakukan latihan amali di hospital.

Sama seperti program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), pelajar akan didedahkan dengan realiti kerjaya sebagai jururawat, selain turut dipantau oleh pensyarah masing-masing.

RSDHC turut menawarkan pengajian sijil seperti Sijil Kejururawa­tan Profesiona­l Peri-operative iaitu program yang disusun untuk Jururawat Berdaftar yang berminat dengan kerjaya dalam bilik pembedahan.

Kolej kesihatan itu juga menawarkan program sijil yang lain, antaranya Sijil Kejururawa­tan Profesiona­l Buah Pinggang yang khusus untuk Jururawat Berdaftar dan berminat dengan masalah kesihatan buah pinggang; Sijil Kejururawa­tan Profesiona­l Onkologi dan Sijil kejururawa­tan Profesiona­l Penjagaan Kesihatan Kritikal.

Untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web www.ramsaysime­darbycolle­ge.edu.my

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia