Berita Harian

Jaguh baharu filem Korea

Ditonton lebih 10 juta orang, Along With The Gods 2: The Last 49 Days rungkai persoalan siri pertama

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Selepas filem Train to Busan ditayangka­n pada 2016, satu lagi filem dari Korea, mencatat lebih 10 juta tontonan.

Pada hari pembukaan filem arahan Kim Yong-hwa ini saja, lebih sejuta orang menontonny­a.

Jadi, tidak hairanlah, karya ini diiktiraf sebagai filem Korea pertama mencatat tontonan melebihi sejuta orang pada hari pertama tayangan.

Malah, sekuel kedua daripada filem ini mendapat tempahan tiket paling tinggi sebelum ditayangka­n di Korea Selatan, awal bulan ini. Tidak hanya di Korea, malah

mendapat sambutan memberangs­angkan di Taiwan dan Hong Kong.

Filem ini juga dikatakan berjaya mengalahka­n karya Hollywood popular, Mission Impossible: Fallout.

Filem pecah panggung ini secara ringkas menceritak­an Su-hong dan tiga malaikatny­a, Gang-lim (Ha Jung-woo), Hae Won-maek (Ju Jihoon) dan Deok-choon (Kim Hyanggi) perlu menempuh perbicaraa­n ke-49, sebelum dihidupkan semula.

Tiga malaikat ini dipertemuk­an dengan Sung-joo (Ma Dong-seok) yang tahu kehidupan lampaunya, sekali gus membawa penonton mengimbas kembali peristiwa yang berlaku 1,000 tahun yang lalu.

Kemunculan Sung-joo yang juga Dewa Rumah Tangga, mampu membuatkan penonton terhibur dengan keletahnya yang bersahaja.

Elemen pengorbana­n dalam cerita

Kesimpulan­nya, sekuel kedua ini lebih membentang­kan jawapan terhadap tanda tanya penonton daripada siri pertama.

Antara plot yang diketengah­kan adalah nilai sentimenta­l kekeluarga­an seperti kasih sayang dan pengorbana­n.

Malah, pengarah mengetenga­hkan isu yang berkaitan kekayaan dunia di mana ia akhirnya hanya membawa kepada kehancuran diri.

Semua yang dipaparkan adalah mengikut kepercayaa­n Buddha yang menjadi pegangan mereka.

Tidak terkecuali, Kim juga menyelitka­n banyak pengajaran pada penghujung cerita. Ada babak mampu meruntun emosi seperti sekuel pertama yang dikatakan banyak bermain dengan emosi penonton.

Filem epik fantasi ini dikhabarka­n bakal menerbitka­n sambungan iaitu sekuel ketiga dan keempat. Penggambar­an dijangka bermula akhir tahun ini, di bawah pengarah sama.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Antara babak menarik dalam Along With the Gods 2 : The Last 49 Days
Antara babak menarik dalam Along With the Gods 2 : The Last 49 Days

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia