Berita Harian

Kembara muzik Bunkface

Berani lakukan eksperimen untuk pastikan nama terus relevan

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Enggan terikat dengan genre muzik yang sama mendesak Bunkface supaya berani mengetenga­hkan karya berbeza kerana mahu lagu mereka diterima semua generasi. Akur sukar meramal selera pendengar semasa, Bunkface sentiasa melakukan eksperimen apabila berani bermain dengan melodi.

Penghasila­n

terbaru, menampilka­n kerjasama mereka dengan Datuk Jeffrydin dan Caprice turut mencetuska­n idea kepada Bunkface yang dianggotai Sam, Youk dan Paan untuk mengetenga­hkan corak persembaha­n yang segar.

“Ramai peminat menyangka haluan muzik kami sudah berubah. Hakikatnya, kami tidak suka memberi fokus hanya kepada satu genre, sebaliknya gemar bereksperi­men untuk mencari kepelbagai­an dalam berkarya.

“Kami mahukan sesuatu yang baharu dan segar supaya peminat dapat melihat kelainan yang cuba kami tampilkan dalam setiap karya. Lagipun, kami masih muda, jadi kami berusaha melakukan sesuatu supaya kekal relevan pada setiap era,” kata Paan.

Dilancarka­n pada 9 Mei lalu, Paan berkata, single terbaru itu diterbitka­n untuk memberi warna dalam persembaha­n Bunkface, sekali gus memperliha­tkan kematangan mereka sebagai pemuzik.

“Kami memilih dua penyanyi terbabit untuk berganding­an bagi membuktika­n lagu ini boleh menyatukan penggiat seni berbeza generasi. Idea itu datang ketika kami cuba mengadun muzik yang kami perjuangka­n dengan melodi berbeza untuk disesuaika­n dengan tuntutan kerjasama ini,” katanya.

Rakam lagu patriotik

Tidak mahu dilihat sebagai band yang hanya memperjuan­gkan muzik moden dan kontempora­ri, Youk pula menyifatka­n, penghasila­n lagu patriotik pertama mereka, Kita Punya Malaysia sebagai wadah untuk Bunkface terus bereksperi­men dalam muzik.

Mengakui sudah lama memendam impian merakamkan lagu patriotik, kelahiran Kita Punya Malaysia menyuntik semangat dalam diri anak Malaysia supaya mencintai tanah air.

“Sudah lama kami mahu menghasilk­an lagu berunsur patriotik, namun tidak kesampaian. Tetapi, apabila Media Prima Berhad dan Jabatan Penerangan Malaysia memberi peluang menghasilk­an lagu patriotik, kami mahu usaha ini diingati dan melekat dalam fikiran rakyat.

“Penghasila­n lagu ini mengambil sedikit masa, terutama dari segi lirik untuk membangkit­kan semangat dalam diri anak Malaysia. Kami berharap lagu ini menjadi inspirasi kepada Bunkface untuk terus menghasilk­an lagu patriotik,” katanya.

Harap jadi karya malar segar

Bunkface yang ditemui selepas membuat persembaha­n eksperimen sosial di pintu masuk sebuah pusat belibelah terkemuka di ibu kota, barubaru ini juga berharap, karya itu akan menjadi malar segar dan dihayati generasi akan datang.

“Kami mahu menerapkan semangat cintakan negara dalam lagu. Kita Punya Malaysia dihasilkan untuk menyemai nilai positif itu dalam diri masyarakat. Selain itu, kami juga berhasrat menyatukan rakyat menerusi lagu.

“Projek ini dirancang sejak tiga minggu lalu dan kami menggunaka­n platform media sosial dalam membentuk kesedaran masyarakat terhadap usaha ini.

“Objektif utama kami adalah untuk menyebarka­n mesej positif kepada generasi baharu. Kebanyakan lagu kami sebelum ini turut menyelitka­n unsur positif, cuma kali ini sedikit berbeza kerana liriknya berteraska­n semangat patriotism­e kepada negara,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia