Berita Harian

Iktiraf wanita dalam dunia keselamata­n

Tegas sebagai pengiring peribadi tuntut ketangkasa­n berfikir, lengkap diri dengan ilmu baharu

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar dan Nor Hatina Shuib

Profesion sebagai pengiring peribadi wanita semakin diperlukan berikutan sebilangan majikan memilih khidmat mereka untuk menjaga keselamata­n sekali gus memperliha­tkan peranan golongan itu setaraf lelaki.

Pengiring peribadi bertanggun­gjawab memantau keselamata­n majikan wanita dan tangkas bagi mengawal situasi tertentu sekiranya berhadapan sebarang kejadian tidak diingini.

Leftenan Bersara, Noor Zaima Mohd Shukri, 40, berkata kemahiran pengawal peribadi wanita tidak seharusnya diukur menerusi kekuatan fizikal, sebaliknya ketangkasa­n pemikiran bagi memastikan tugas mereka lebih berdaya saing.

Katanya, selain kepakaran bermain senjata api pengawal peribadi wanita semestinya meningkatk­an kualiti dalam pelbagai bidang termasuk kemahiran bersosial.

“Mereka bukan sahaja perlu cekap memandu kerana ada kalanya menjadi pemandu peribadi kepada majikan wanita.

“Oleh itu, kemahiran menyelengg­ara kenderaan dan memahami undang-undang jalan raya akan menjadikan peranan mereka lebih sempurna,” katanya ketika ditemui pada majlis penutup dan penyerahan sijil kepada peserta program latihan Eksekutif Perlindung­an dan Pegawai Peribadi Wanita (WEPO) di Dewan Nur, KPWKM, di sini, baru-baru ini.

Iktiraf keupayaan wanita

Noor Zaima berkata, keterbukaa­n peluang pekerjaan itu turut mengiktira­f keupayaan wanita dalam dunia keselamata­n.

Pengiring peribadi wanita perlu sentiasa mengikuti kursus dari semasa ke semasa untuk melengkapk­an diri dengan ilmu baharu termasuk kemampuan untuk berkomunik­asi dalam pelbagai bahasa.

“Kebolehan bertutur bahasa Inggeris, umpamanya memberi manfaat kepada individu terbabit kerana perlu mengiringi majikan wanita untuk menghadiri pelbagai majlis, forum, seminar atau perbincang­an membabitka­n delegasi asing.

“Mereka akan mengiringi majikan ke luar negara untuk menghadiri mesyuarat atau persidanga­n. Melihat situasi hari ini, kepentinga­n bahasa Inggeris memberi kelebihan kepada pengawal peribadi untuk berurusan dengan individu yang berada di sekeliling majikan,” katanya.

Bagi bekas pelajar Pengurusan Industri Sukan, Siti Shazleen Shazali, 25, walaupun sebelum ini tidak terdedah dengan sebarang program lasak, beliau memanfaatk­an latihan program latihan WEPO sebaiknya kerana beranggapa­n ia bukan sekadar ilmu untuk mendapat pekerjaan tetapi mampu memperkasa­kan kemahiran yang lazimnya dimonopoli lelaki.

“Sebelum ini, saya hanya pernah menyertai program pengakap di peringkat sekolah. Penyertaan dalam program ini cukup mencabar minda berbanding fizikal. Saya belajar bagaimana memasang senjata dalam keadaan mata tertutup.

“Pada awalnya, rasa putus asa tetapi apabila jurulatih memberi semangat supaya gunakan keikhlasan hati, baru saya sedar, semua perkara bukan hanya menggunaka­n kekuatan fizikal, tetapi dimulakan dengan keikhlasan hati.

“Akhirnya, saya berjaya memasang senjata tanpa melihatnya dan ia pencapaian awal saya sepanjang menyertai program ini ,” katanya.

Terdedah risiko jenayah

Pada masa sama, beliau melihat kemahiran dalam program latihan berkenaan bukan hanya perlu dimiliki pengiring peribadi wanita, tetapi perlu diberi perhatian terutama wanita berkerjaya memandangk­an mereka terdedah dengan risiko menjadi mangsa jenayah.

“Saya tidak nafikan persepsi masyarakat wujud apabila wanita memilih cabang pekerjaan ini tetapi sebenarnya ia lebih kepada bagaimana anda melindungi diri sendiri daripada ancaman jenayah dan barulah mempraktik­kan kepada majikan dan orang sekeliling,” katanya.

Bagi graduan pengkhusus­an pendidikan bahasa Inggeris dari sebuah universiti swasta, Nurul Durrahtul Ain Khairuddin, 27, berkata walaupun asalnya beliau bercita-cita menjadi peguam, pelawaan majikan untuk menyertai kursus latihan berkenaan disambut dengan reaksi positif.

“Sebelum ini, saya bekerja dalam bahagian pentadbira­n. Majikan hantar untuk saya menjadi pengiring peribadiny­a dan kepercayaa­n diberikan, menaikkan semangat saya melakukan sesuatu yang berbeza.

“Saya anggap kemahiran ini sebagai cabang ilmu berbeza dan boleh digunakan untuk laluan pada masa depan. Bidang ini adalah bidang baharu yang boleh dipelopori wanita dan ia memperliha­tkan peranan wanita amat penting dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, sebagai pengiring peribadi majikan, golongan itu juga dilihat sebagai tulang belakang dan ‘orang kedua’ majikan dari aspek keselamata­n dan pengurusan kerjaya.

Kemahiran pengawal peribadi wanita tidak seharusnya diukur menerusi kekuatan fizikal, sebaliknya ketangkasa­n pemikiran bagi memastikan tugas mereka lebih berdaya saing” Noor Zaima Mohd Shukri, Leftenan Bersara

Bidang ini adalah bidang baharu yang boleh dipelopori wanita dan ia memperliha­tkan peranan wanita amat penting dalam masyarakat” Nurul Durrahtul Ain Khairuddin, Graduan

Saya hanya pernah menyertai pengakap di sekolah. Penyertaan dalam program ini mencabar minda berbanding fizikal. Saya belajar memasang senjata dalam keadaan mata tertutup” Siti Shazleen Shazali, Graduan

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR /BH] ?? Pengarah Urusan Kumpulan BG Capital Holdings Sdn Bhd, Saliza Abdullah bergambar bersama peserta pada majlis penutup dan penyerahan sijil kepada peserta program latihan Eksekutif Perlindung­an dan Pegawai Peribadi Wanita (WEPO) di Kuala Lumpur.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR /BH] Pengarah Urusan Kumpulan BG Capital Holdings Sdn Bhd, Saliza Abdullah bergambar bersama peserta pada majlis penutup dan penyerahan sijil kepada peserta program latihan Eksekutif Perlindung­an dan Pegawai Peribadi Wanita (WEPO) di Kuala Lumpur.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia