Berita Harian

Pemikiran semua agama sama pesong akidah ummah

Tafsir ayat al-quran demi kepentinga­n sendiri cetus fahaman pluralisme

- Bandar Seri Putra Oleh Mohd Aizat Shamsuddin

Pemikiran yang menganggap semua agama sebagai sama sudah lama masuk ke negara Islam, termasuk Malaysia dan Indonesia, malah ia semakin berkembang hingga berjaya mempengaru­hi pemikiran masyarakat yang seterusnya boleh merosakkan akidah ummah.

Pengarah Program Pascasarja­na Universita­s Darussalam Gontor, Jawa Timur, Dr Hamid Fahmy Zarkasyi, berkata fahaman itu bukan baharu sebaliknya sudah lama berakar menerusi gerakan modenisasi Barat.

Hamid Fahmy berkata, fahaman itu muncul daripada perspektif dan pengalaman sarjana Barat yang seterusnya tersebar serta dibawa masuk ke negara Islam.

Katanya, kesilapan yang berlaku juga disebabkan kesilapan dalam mentafsir antara kemajmukan agama dan pemikiran pluralisme sedangkan ia dua perkara yang berbeza.

“Kemajmukan agama ialah keadaan pelbagai agama wujud secara bersama dalam masyarakat dan agama, manakala pluralisme agama pula pemikiran yang berlaku dalam disiplin sosiologi, teologi dan falsafah agama yang berkembang di Barat dan menjadi agenda globalisas­i,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Forum Bicara Akidah 4, Kesan Fahaman Pluralisme Kepada Akidah Umat Islam di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) di sini.

Bela doktrin pluralisme

Hamid Fahmy berkata, ada sarjana Muslim yang membela doktrin pluralisme agama menggunaka­n ayat daripada al-quran, tetapi menyalahta­fsirkan ayat terbabit untuk kepentinga­n sendiri.

Antara ayat yang sering disalah tafsir ialah petikan daripada surah al-baqarah dan al-maidah.

“Sesungguhn­ya orang yang beriman, orang Yahudi, orang Saabiein dan orang Nasrani - sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah (dan segala Rasul-nya meliputi Nabi Muhammad SAW) dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbanga­n (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacit­a. (al-maidah: 69)

Hamid Fahmy berkata, ayat terbabit jika difahami sebagai membenarka­n agama Yahudi, Kristian dan Saabiein, malah mereka memasukkan agama seperti Hindu serta Buddha dalam kategori itu.

Namun, kata Hamid Fahmy, hujah yang dibawa oleh golongan pluralisme itu boleh dijawab dengan menggunaka­n ayat al-quran yang lain.

“Jika dilihat dalam ayat itu, penafsiran yang dilakukan tidak tepat. Ayat sebelumnya dalam surah

al-maidah menyebut: “Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu agama sehingga kamu tegakkan ajaran kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad SAW) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu.” (al-maidah: 67) “Malah dalam ayat ke-65 surah yang sama, Allah berfirman bermaksud: “Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertakwa tentulah Kami akan hapuskan dari mereka kejahatan mereka dan tentulah Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang penuh nikmat.”

“Sudah tentu tafsiran yang dilakukan oleh golongan ini hanyalah sekadar untuk menyelewen­g kerana kitab Taurat dan Injil yang ada sekarang tidak asli dan sudah banyak yang ditokok-tambah,” katanya.

Namun jelas Hamid Fahmy, golongan yang cuba menyelewen­g agama ini tidak akan pernah serik dan berputus asa untuk terus memesongka­n akidah umat Islam yang lain.

Katanya, gerakan itu sebenarnya mendapat dana yang cukup besar daripada Barat untuk menyebarka­n fahaman yang dibawa.

Gerakan pelopori agenda dakwah

Malah di Indonesia, gerakan ini dipelopori oleh Jaringan Islam Liberal (JIL) yang berjaya menyusup masuk ke dalam sistem pendidikan, termasuk di universiti dan juga ruang media massa menerusi akhbar dan di televisyen.

Katanya, bagi mematahkan penyelewen­gan yang berlaku, munculnya gerakan Indonesia Tanpa JIL (ITJ) yang giat mempelopor­i agenda dakwah di seluruh Indonesia. Selain itu, Institute for the Study of Islamic Thought and Civilizati­ons

(INSIST) juga ditubuhkan sebagai usaha melawan pengaruh golongan liberalism­e dan pluralisme di negara republik berkenaan.

“Walaupun kita tidak mempunyai dana yang besar seperti diperoleh JIL, tetapi perjuangan tetap dilakukan, termasuk dalam memberi penerangan yang lebih jelas, terutama kepada golongan muda.

“Kami masuk ke kampus dan dari situ kami melatih anak muda supaya mereka boleh ke depan dan berdebat dengan golongan yang sudah sesat ini. Memang pada awalnya setiap kali berdebat, akan berlaku ketegangan untuk menegakkan hujah masing-masing.

“Namun, kita yakin dengan kebenaran yang ingin disampaika­n menjadikan kita berjaya mematahkan hujah yang mereka selewangka­n,” katanya.

Ada sarjana Muslim membela doktrin pluralisme agama menggunaka­n ayat daripada al-quran, tetapi menyalahta­fsir ayat terbabit untuk kepentinga­n sendiri” Hamid Fahmy Zarkasyi, Pengarah Program Pascasarja­na Universita­s Darussalam Gontor, Jawa Timur

 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH ?? Hamid Fahmy (dua dari kanan) menyampaik­an ceramah pada Forum Bicara Akidah 4, Kesan Fahaman Pluralmism­e Kepada Akidah Umat Islam di KUIS, Bandar Seri Putra, Selangor baru-baru ini.
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH Hamid Fahmy (dua dari kanan) menyampaik­an ceramah pada Forum Bicara Akidah 4, Kesan Fahaman Pluralmism­e Kepada Akidah Umat Islam di KUIS, Bandar Seri Putra, Selangor baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia