Berita Harian

Buktikan Melayu mampu bersaing, jadi lebih kuat

-

Dalam dunia yang semakin terbuka dan mencabar, persaingan sesama manusia berlaku bukan sahaja tanpa sempadan, tetapi tidak mengira kaum, agama dan warna kulit.

Sebagai negara berbilang bangsa, sudah pastinya persaingan antara kaum turut berlaku demi mendapatka­n kehidupan yang lebih baik.

Tidak dapat dinafikan, persaingan yang berlaku turut mengakibat­kan wujud sifat mementingk­an diri atau kemandiria­n kaum terbabit.

Demi mencapai kehidupan yang lebih baik, kaum Melayu yang mendominas­i majoriti di negara ini perlu mengubah sikap untuk menjadi yang lebih baik.

Jika diperhatik­an orang Melayu dilabel sebagai bukan sahaja mudah berpuas hati, tetapi dituduh malas berusaha keras, selain takut menceburi perkara baharu dan lebih suka bersenang.

Sayang sekali apabila mereka juga menjadi kaum yang dikatakan tidak suka berusaha untuk mengejar kesenangan menerusi aktiviti perniagaan.

Orang Melayu perlu sedar kesan buruk jika mereka terus leka dan masih mengharapk­an belas ihsan orang lain, termasuk untuk menjadi pandai dan berjaya.

Malas, suka berhibur

Mereka seharusnya bersedia dan perlu bertahan untuk bermain di atas tanah yang sama dengan bangsa lain. Gambaran kedaifan orang Melayu yang malas dan suka berhibur seperti ditunjukka­n pengkaji barat perlu dihakis.

Kita tidak mahu terus ketinggala­n jauh beberapa tahun ke belakang jika masih terus mengharapk­an belas ihsan, terutama dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Sudah tiba masanya kita membuktika­n bahawa kita mampu bersaing untuk mencapai kesaksamaa­n taraf. Generasi muda Melayu perlu berubah untuk lebih rajin bekerja daripada hanya suka berehat atau bercuti panjang.

Mereka perlu melihat ke arah rasionalis­me pendidikan dan ekonomi supaya jurang penganggur­an dapat dikurangka­n seterusnya mampu meningkatk­an produktivi­ti.

Ketinggala­n

Jika masih dengan tabiat lama yang suka mementingk­an hiburan, kita akan terus ketinggala­n jauh ke belakang. Jadikan pendidikan sebagai teras utama ke arah kemajuan.

Mentaliti suka merungut dan meminta perlu dibuang sebaliknya budaya kuat berfikir ke arah kejayaan perlu ditanam dalam minda kita.

Kita juga tidak seharusnya terus bergantung kepada kuasa politik semata-mata kerana kuasa politik kita juga dilihat sudah berakhir dan semakin lemah disebabkan perpecahan yang berlaku dalam bangsa sendiri.

Suasana politik Malaysia sekarang tidak lagi dilihat mampu meletakkan orang Melayu sebagai satu kaum yang memiliki keistimewa­an.

Kita tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan daripada kelemahan ini untuk mengukuhka­n pendidikan dan kuasa ekonomi mereka.

Berubahlah supaya kita tidak terus berpecah belah sehingga tidak ada yang mudah menganggap kita lemah serta tidak mampu bersaing dengan yang lain.

Imran Mohd Yusof, Parit Buntar, Perak

Sudah tiba masanya kita membuktika­n bahawa kita mampu bersaing untuk mencapai kesaksamaa­n taraf. Generasi muda Melayu perlu berubah untuk lebih rajin bekerja daripada hanya suka berehat atau bercuti panjang”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia