Berita Harian

Tampilkan aura Islam dalam pakaian seragam pramugari

-

pakaian pramugari syarikat penerbanga­n di Malaysia sudah lama disuarakan, tetapi tidak di bawa ke pengurusan atasan kerana pelbagai kekangan.

Walaupun dianggap perkara kecil kerana membabitka­n pakaian wanita, dikira besar mengikut peraturan berpakaian bagi wanita Islam yang tidak mengikut hukum sebenarnya.

Bagi sektor kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Kementeria­n Kesihatan dan beberapa jabatan lagi, sudah ada kod etika pakaian berlandask­an syariah.

Jadi tidak menimbulka­n masalah bagi pekerja wanita Islam kerana mereka tidak berasa malu dan janggal lagi apabila melayani pelanggan.

Bertudung ketika bertugas

Bagi jabatan yang tidak membabitka­n pakaian seragam, kebanyakan pekerja wanita Islam memilih bertudung ketika bertugas selain pekerja bukan Islam diberi kebebasan berpakaian asalkan tidak mencolok mata.

Timbul tanda tanya kepada kita, sampai bilakah pramugari syarikat penerbanga­n akan terus berseragam demikian. Adakah pengurusan syarikat mahu terus mengekalka­n bentuk pakaian berkenaan dan adakah kerajaan tidak berani campur tangan?

Kalau dibuat kajian, pasti ramai pramugari Islam mahu mengenakan tudung ketika bertugas. Tentunya mereka berasa malu dan berdosa apabila terpaksa mendedahka­n aurat.

Tidak hairanlah jika ada pramugari mengalami gangguan seksual kerana sebahagian anggota badan mereka menjadi perhatian lelaki.

Pakaian seragam pramugari perlu diubah suai mengikut perkembang­an semasa dan syariah Islam.

Fesyen berciri Islam

Sebaliknya, seluar panjang yang tidak terlampau ketat disertakan tudung dilihat lebih sesuai dan menarik. Lihatlah betapa kemasnya seragam pramugari Royal Brunei Airline (RBA), Saudi Arabian Airlines dan Iran Airlines yang patuh syariah.

Sudah tiba masanya, pakaian seragam baharu pramugari yang mengikut kehendak Islam diperkenal­kan. Tidak rugi dan tiada cacat-cela pun jika syarikat penerbanga­n memilih fesyen bercirikan Islam untuk pramugari.

Kerajaan juga seharusnya mempunyai dasar dan peraturan tegas demi menyelamat­kan maruah wanita Islam.

Difahamkan bahagian agama Jabatan Perdana Menteri merangka kod etika baharu pakaian seragam pekerja wanita Islam sektor swasta dan diharapkan ia turut membabitka­n pemakaian pramugari.

Profesor Madya

Mohd Salleh Lebar, Bekas Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu

Sudah tiba masanya, pakaian seragam baharu pramugari yang mengikut kehendak Islam diperkenal­kan. Tidak rugi dan tiada cacatcela pun jika syarikat penerbanga­n memilih fesyen bercirikan Islam untuk pramugari”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pakaian pramugari Iran Airlines bercirikan Islam, patuh syariah.
[FOTO HIASAN] Pakaian pramugari Iran Airlines bercirikan Islam, patuh syariah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia