Berita Harian

India beri amaran berita palsu

Khabar Ronaldo beri derma RM45 juta, empangan retak tidak benar

-

Jentera yang menyebarka­n berita palsu di India terus aktif untuk menambahka­n lagi kekeliruan serta mencetus kebimbanga­n kepada rakyat, khususnya di Kerala ketika ini.

Berita bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo menderma AS$11 juta (kira-kira RM45 juta) kepada mangsa banjir di Kerala disebut tidak benar dan ketika sama pihak kerajaan juga menyangkal dakwaan kononnya ada keretakan berlaku pada salah satu empangan utama di negeri berkenaan.

Kerajaan negeri Kerala dan tentera India memberi amaran ke atas mesej media sosial yang tular ketika pihak mereka berdepan ujian menangani isu banjir yang kini sudah meragut kira-kira 420 nyawa.

Berita palsu, video dan dakwaan juga menyusul ketika kerajaan pusat meningkatk­an tekanan ke atas Facebook, WhatsApp dan saluran digital lain untuk membantera­s kegiatan pihak tidak bertanggun­gjawab ini yang membuat orang ramai keliru serta bertindak agresif atau pun ganas.

Ronaldo yang kerap dikaitkan sebagai seorang pemurah yang memberi derma dalam bencana seperti ini difahamkan tidak benar malah pihak berkuasa beranggapa­n ada pihak menggunaka­n nama bintang bola sepak itu untuk mengkritik tindak balas kerajaan India menangani isu banjir di sini.

Cari kawasan selamat

Setakat ini, kerajaan pusat dikatakan sudah berjanji untuk memberi bantuan AS$100 juta (kira-kira RM400 juta).

Sementara itu, Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijaran memberi amaran menerusi akaun Twitter selepas video palsu yang tular menunjukka­n ada keretakan pada empangan Mullaperiy­ar di daerah Idukki di Kerala.

Sementara itu, lebih sejuta orang membanjiri pusat pemulihan sementara di Kerala untuk mencari kawasan selamat selepas kediaman mereka musnah dilanda banjir teruk. Pada ketika sama bantuan antarabang­sa juga dikatakan sudah tiba.

Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan sudah berjanji menghulurk­an dana kira-kira AS$100 juta (kira-kira RM400 juta).

Kerajaan negeri menyebut kira-kira 1,028,000 orang kini berlindung di 3,200 kem sementara dengan lapan mayat ditemui, kelmarin untuk menjadikan jumlah angka korban kepada 420 setakat ini. AFP

 ?? [ FOTO REUTERS ] ??
[ FOTO REUTERS ]
 ??  ?? Mangsa banjir membantu mengeluark­an bekalan makanan dari helikopter tentera di kawasan perkampung­an di Nelliyampa­thy di selatan Kerala, kelmarin. menunjukka­n warga Muslim menderma untuk mangsa banjir di Hyderabad, semalam.
Mangsa banjir membantu mengeluark­an bekalan makanan dari helikopter tentera di kawasan perkampung­an di Nelliyampa­thy di selatan Kerala, kelmarin. menunjukka­n warga Muslim menderma untuk mangsa banjir di Hyderabad, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia