Berita Harian

Segovia yakin sesuaikan diri

Teruja bantu skuad Pilihan Selangor rampas kejuaraan

- Oleh Syafiq Aznan

Penggempur prolifik Selangor, Rufino Segovia tidak bimbang meskipun perlu berganding­an bersama rakan sepasukan baharu bagi skuad Pilihan Selangor pada aksi Piala Sultan Selangor 2018.

Penjaring terbanyak Liga Super itu adalah antara pemain Selangor yang ‘dipinjamka­n’ kepada PKNS FC yang akan membawa cabaran Pilihan Selangor dalam misi untuk membenam Pilihan Singapura pada edisi kali ini.

“Saya teruja kerana ini kali pertama saya menyertai perlawanan sebegini. Saya tidak mengenali pemain daripada PKNS FC tetapi saya yakin dapat menyesuaik­an diri dengan baik bersama mereka.

“Saya dimaklumka­n Pilihan Selangor tewas di tangan lawan tahun lalu, jadi situasi ini membakar semangat saya untuk membantu pasukan ini merampas semula trofi Piala Sultan Selangor.

“Saya lihat perlawanan ini turut memberi peluang kepada saya menguji kemampuan saya berdepan lawan daripada pasukan luar khususnya apabila Pilihan Singapura membariska­n pemain terbaik di negara itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Selain penyerang kelahiran Sepanyol itu, penyerang veteran The Red Giants, Amri Yahyah turut memperkuat pasukan bimbingan Datuk K Rajagobal itu.

Veteran juara bersama

Piala Sultan Selangor edisi ke17 bakal berlangsun­g di Stadium Shah Alam, Sabtu ini dengan pertembung­an Pilihan Selangor menentang Pilihan Singapura selain meneruskan pertanding­an Piala Pilihan dan Veteran serta Piala Cabaran Sekolahsek­olah yang diperkenal julung kalinya pada edisi lalu.

Pada edisi ke16 yang berlangsun­g di Stadium Nasional Singapura, Pilihan Singapura berjaya mempertaha­nkan kejuaraan Piala Sultan Selangor selepas menewaskan Pilihan Selangor 32 menerusi jaringan Khairul Nizam, Shakir Hamzah dan Faris Ramli sementara gol Pilihan Selangor disumbangk­an Safee Sali dan Gonzalo Soto.

Bagi kategori veteran, skuad Veteran Selangor dan Veteran Singapura dinobatkan sebagai juara bersama selepas terikat tanpa jaringan manakala bagi kategori Piala Cabaran Sekolahsek­olah, Sekolah Sukan Singapura muncul juara selepas menewaskan Gabungan Sekolah Selangor 43 menerusi penentuan sepakan penalti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia