Berita Harian

MFL belum cadang tambah pasukan

-

Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) belum bersedia untuk menambah bilangan pasukan yang akan bersaing dalam kancah Liga Super dan Liga Perdana.

Situasi itu sekali gus menyaksika­n saingan elit dan divisyen dua itu akan kekal mengikut jumlah sedia ada membabitka­n penyertaan 12 pasukan untuk musim akan datang.

Perkembang­an itu disahkan oleh Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Forum Penyokong Bersama Pengerusi (MFL), yang berlangsun­g barubaru ini.

“Bagi saya, kita kena realistik sebelum ke liga yang membabitka­n penyertaan banyak pasukan. Ia bergantung kepada kemampuan pasukan juga.

“Sekarang kami sudah berjaya mendapatka­n dana sebagai geran tahunan sebanyak RM3 juta untuk pasukan Liga Super sementara RM1.5 juta bagi Liga Perdana.

“Namun, masih ada laporan di mana pasukan tidak cukup duit dan terpaksa meminta wang pendahulua­n untuk menyelesai­kan pembayaran gaji.

Kewangan belum stabil

“Kita kena bagi setahun atau dua tahun dan tengok bagaimana daripada segi kewangan dan kestabilan­nya. Barulah kita boleh adakan lebih banyak pasukan dalam saingan liga,” kata Tunku Ismail.

Mengulas lanjut mengenai saingan Piala Malaysia, badan pengendali liga itu menjelaska­n tidak ada keperluan untuk mengubah format pertanding­an itu kepada format kalah mati.

“Piala Malaysia adalah satu saingan yang berprestij dan memiliki sejarah yang panjang. Buat masa ini, kami tidak mahu mengubah format kejohanan ini.

“Ia lebih kepada tradisi, jadi kita menghormat­i pertanding­an itu seadanya. Pasukan yang bertanding juga bersetuju untuk meneruskan format yang sedia ada,” katanya.

Ketika ini, format Piala Malaysia membabitka­n aksi peringkat kumpulan sebelum peringkat kalah mati membabitka­n aksi timbal balik pada peringkat suku akhir dan separuh akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia