Berita Harian

Skuad hoki menang lagi

Giliran Thailand jadi mangsa sebelum bertemu Bangladesh

-

Skuad hoki lelaki negara terus mencipta kemenangan apabila membelasah Thailand 10-0 dalam saingan hoki Kumpulan B, Sukan Asia, semalam.

Ia adalah kemenangan kedua skuad kendalian Stephen Van Huizen selepas turut membelasah Kazakhstan 16-2 kelmarin.

Walaupun tidak dibolosi kali ini, Van Huizen menjelaska­n pasukannya kadangkala agak santai bila berdepan pasukan yang lemah.

Begitupun banyak perkara baik ditampilka­n anak buahnya dan dia gembira mereka turut menjaringk­an banyak gol berdepan Thailand yang lebih suka bertahan.

“Mereka banyak bertahan, kita pun sama jika menentang lawan yang kuat seperti Jerman dan Belanda.

Tidak bolos

“Mereka mengetatka­n bahagian tengah tetapi kita cepat menukar permainan dan cuba mendapatka­n gol individu.

“Jika dapati ia sukar, kita cuba cari menerusi sepakan sudut penalti,” katanya.

Dalam perlawanan berkenaan, gol pertama negara dijaringka­n Meor Muhammad Azuan Hassan pada babak pertama.

Lima lagi gol menyusul pada babak kedua menerusi Muhamad Firhan Ashari, Faizal Saari, Muhammad Razie Rahim, Muhammad Azri Hassan dan Muhamad Shahril Sabah.

Babak ketiga menyaksika­n Malaysia menambah jaringan menerusi Amirul Aideed Mohd Arshad, Shahril dan Tengku Ahmad Tajuddin.

Babak keempat menyaksika­n Malaysia hanya menambah satu gol menerusi Fitri Saari untuk kedudukan 10-0.

Malaysia akan berdepan Bangladesh esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia