Berita Harian

Juwaidi beri bayangan raih pingat

-

Jakarta: Pemanah compound negara, Juwaidi Mazuki memberi petanda positif memburu pingat dengan melakar tiga rekod kebangsaan dan menduduki tempat ketiga pusingan penentuan ranking, semalam.

Tiga rekod baharu kebangsaan dilakarnya dalam acara jarak 50 meter (m), 50m double dan campuran.

Bagi jarak 50m, dia memadam rekod sendiri dengan melakukan 357 mata, memadamkan rekod lama 354 manakala bagi double 50m melakukan 705 mata, satu mata mengatasi rekod lama yang dicipta pada 2015.

Pecah rekod kebangsaan

Walaupun acara individu tidak dipertandi­ngkan, pencapaian­nya membantu acara berpasukan bersama-sama Lee Kin Lip (687) dan Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazali (680) untuk menduduki tempat kelima keseluruha­n dengan 2,072 mata.

"Sasaran peribadi ke sini sememangny­a untuk memecahkan rekod kebangsaan dan ia berjaya dilakukan. Tidak sangka sehingga tiga rekod. Jadi, misi selepas ini adalah memburu pingat.

"Jika acara individu dipertandi­ngkan tahap keyakinan pasti tebal dengan kedudukan ini. Bagaimanap­un saya akan fokus kepada acara berpasukan. Kami perlu lupakan kelayakan hari ini bagi menghadapi aksi kalah mati nanti," katanya.

Bagi acara campuran, Juwaidi yang berganding­an bersama Fatin Nurfatehah Mat Salleh menduduki tempat keempat dengan 1,399 mata.

Ia turut memadamkan rekod kebangsaan yang lama, 1,396 mata.

Fatin Nurfatehah muncul pemanah wanita terbaik negara dalam penentuan ranking, berada pada kedudukan kelapan dengan 694 mata.

 ??  ?? Juwaidi Mazuki
Juwaidi Mazuki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia